Bayam Oh Bayam Manfaat Dan Khasiat Untuk Ibu Hamil


Bayam Oh Bayam Manfaat Dan Khasiat Untuk Ibu Hamil


Antara sayur yang sering menjadi pilihan saya semasa ke pasar ialah Sayur Bayam, antara sebab yang utama ialah anak-anak suka dan makan tanpa buat muka yang benci sangat dengan rasa sayur hehe, mungkin masa saya mengandungkan mereka dan semasa mereka masih bayi saya setiap kali masak bubur saya masukkan sekali daun bayam. Agaknya lah.


Kalau kita perasan kartun Popeye pun menggalakkan kita makan bayam untuk kuat, betul tak?



Mengapa kita perlu makan bayam atau nama botaninya spinacia oleracea, jika dilihat bayam mengandungi Vitamin A, E, B6, K, Magnesium, Zat Besi, serat, protein dan sebagainya.  Wah banyakkan khasiat sayur bayam ni. Secara umumnya khasiat bayam ialah


1. Membina Tulang Yang Kuat

Pengambilan sayur bayam secara berkala boleh mencegah Osteoperosis. Sumber Vitamin K terbaik dari bayam cukup membantu penyerapan kalsium oleh tulang dengan maksimum.


2. Membina Salur Darah Yang Baik

Bayam juga kaya dengan zat besi. Zat besi penting dalam membina sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan. Zat besi juga penting kepada Ibu Hamil dan Ibu Yang Menyusukan Bayi.


3. Menjaga Kesihatan Jantung


Sifat antioksidannya mencegah pengumpulan plak kolesterol pada arteri. Bayam juga bagus dalam mengawal tekanan darah.


4. Mencegah Kanser


Mengandungi Flavanoid yang mampu memperlahankan pemisahan sel dalam sel kanser perut, mengurangkan kanser kulit, mengurangkan risiko kanser payudara, ovari dan prostat.


5. Bagus Untuk Ibu Hamil


Bayam mengandungi sumber vitamin A dan folat yang sangat diperlukan dalam pembentukan paru-paru bayi dan sistem saraf yang lengkap.


6. Mata Yang Sihat

Bayam mampu melindungi mata dari proses penuaan yang berubah seiring usia. Amalkan pengambilan secawan bayam sehari untuk mendapatkan mata yang sihat.


Sayur bayam juga merupakan sumber terbaik untuk Omega 3. Kita juga sedia maklum kalau sayur yang kita masak tu terlalu lama khasiatnya juga akan hilang, semasa urusan penghantaran sayur dari ladang atau kebun dan baja yang digunakan juga memainkan peranan dalam mengurangkan khasiat sayur yang kita makan. Jadi bagaimana kita nak cukupkan keperluan vitamin dalam badan kita?


Jawapannya ialah makan vitamin dengan konsisten setiap hari, tak mahal pun vitamin ni sebab kalau kita kira kosnya sehari cuma 70 sen sahaja, eh murah kan. Saya tak kata vitamin ni sebagai pengganti makanan uolls, fungsi sebenar vitamin ialah melengkapkan nutrisi yang kurang dalam badan kita. Lupa pulak nak kenalkan Vitamin Shaklee yang murah ni, ianya ialah Vitalea Shaklee yang dah berpuluh-puluh tahun dalam pasaran, dijaga, dibelai oleh barisan saintis Shaklee, bukan sikit-sikit tau duit yang telah dilaburkan oleh syarikat Shaklee bagi memastikan vitamin yang kita makan ni selamat dan berkesan.


Kalau saya nak ceritakan khasiat Vitalea Shaklee kepada ibu mengandung yang mengalami HB rendah, panjang pulak cerita saya nanti, tapi uolls boleh baca di sini.


Bagi yang nak order vitamin Shaklee, saya alu-alukan uolls hubungi saya dengan segera

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619

Labels: