Hotel Tabung Haji Kuala Terengganu Part 2


Mana part 1 nya tiba-tiba je ada Part 2? Kalau nak baca Part 1 boleh klik Hotel Tabung Haji Kuala Terengganu yang mana, masa pertama kali kami pergi menghantar adik bertunang, kali ini kami duduk di sana menghantar adik bernikah pulak :) Yang pasti Hotel Tabung Haji memang selesa, biliknya juga luas, tandasnya pun selesa, sarapan pagi ada pelbagai menu masakan tempatan dan barat, ya lah selera masing-masing kan lain-lain. Yang paling seronok anak-anak la, dapat bermain air di kolam renang, berendam la korang ya sampai kecut.





Hotel Tabung Haji Kuala Terengganu ni berdekatan dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud sesuai bagi mereka yang ke sana dengan menaiki kapal terbang cuma agak jauh dari bandar Kuala Terengganu dan pantai Batu Burok yang mana kita sedia maklum kebanyakkan orang luar datang nak membeli belah di Pasar Payang dan sekitarnya. Pantai yang berdekatan dengan hotel ini ialah Pantai Teluk Ketapang. Pantai ni meriah diwaktu petang yang mana ada pelbagai gerai yang menjual makanan popular di Terengganu iaitu Ikan Celup Tepung (ICT) dan makanan laut yang lain. Anda juga boleh menaiki kereta kuda ala-ala Cinderella di sini. Nak borong keropok lekor atau keropok keping boleh lah ke Seberang Takir atau Losong.



Pasar Payang




Pantai Teluk Ketapang

Gambar ihsan Google



Keropok Lekor di Losong



Entri kali ini saya akan kongsikan perjalanan ke Kuala Terengganu melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Lebuhraya Pantai Timur ni agak baru, sekiranya anda dari arah Kuala Lumpur sebaik-baiknya penuhkanlah tangki minyak kereta, tangki perut sekeluarga ya atau bawa bekalan makanan dan minuman dalam kereta sebabnya pengalaman kami yang ke pantai timur diwaktu cuti "terkepit" iaitu cuti hujung minggu bersambung Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin orang memang ramai dan sesak nak makan, nak masuk tandas, nak isi minyak berpeluh-peluh beratur hehe.



Gambar ihsan Google

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Gambang masih banyak hentian Rehat dan jika anda ingin teruskan perjalanan ke Kuala Terengganu melalui LPT sila berhenti isi minyak di hentian Gambang sebabnya selepas itu hentian yang ada tidak mempunyai gerai makanan dan stesyen minyak. Kecuali anda keluar dari Lebuhraya dan ikut jalan pantai. Lagi satu untuk mereka yang tidak biasa melalui lebuhraya ini sila atur perjalanan anda, saya nasihatkan elakkan melalui jalan ini diwaktu malam. Lebuhraya ni sedikit pelik jika anda teruskan perjalanan ke Kuala Terengganu, anda kena u turn dan masuk balik lebuhraya.





Gambar ihsan Google


Gambar ihsan Google

Ni namanya Hentian Perasing dan memang sangat terasing agak jauh dari lebuhraya, jalannya pun berbelit-belit. Kemudahan yang ada setakat ini ialah tandas dan surau sahaja, gerai makanan belum beroperasi, kalau waktu malam agak scary gak, hmm.... tik tok.. tik tok. Hentian ni kami singgah sebentar dalam perjalanan balik dari Kuala Terengganu.  


Kesimpulannya kalau nak pergi bercuti bersantai-santai memang seronok waktu hari bekerja bukan hari cuti umum, kalau tengah lapar datang syaitan membisik boleh terbalik meja makan sebab menunggunya terlalu lama dan silap-silap tukang masak lupa nak masak apa yang anda order hehe.


Tak lama lagi cuti sekolah, sedikit sebanyak entri saya ini membantu anda yang sedang plan untuk pergi bercuti membawa anak-anak berehat. Dan vitamin Shaklee ini sangat membantu semasa pergi bercuti terutamanya mereka yang selalu tak sedap perut.





Nutriferon jangan lupa bawa ya, sebagai bekalan untuk imun sistem.


Selamat bercuti.


Nak order vitamin Shaklee, sila hubungi

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619


Labels: