Hotel Tabung Haji Kuala Terengganu


Hari ini hari kedua sekolah bermula, selepas hampir 2 minggu anak-anak bercuti, ber honeymoon hehe. Mak-mak pun kembali sibuk menguruskan anak-anak bersekolah.

Entri kali ini saya nak bercerita tentang percutian kami semasa cuti sekolah, takde la jauh sangat... kami ke Kuala Terengganu sahaja tujuan sebenar ke sana ialah menghantar adik bongsu bertunang dalam masa yang sama sambil menyelam minum air :) lagipun dah lama tak menjejak kaki ke sana yang terkenal dengan kecantikkan pantai dan keenakkan makanan, jalan-jalan cari makan pun ya jugak.

Kali ini kami memilih Hotel Tabung Haji & Convention Centre Terengganu dah siap-siap booking 4 bilik dengan connection room.




Pemandangan dari luar 
Google image



Pemandangan lobi
Google image


Salah satu sebab kami memilih hotel ini ialah ia merupakan salah satu hotel yang terbaru di Kuala Terengganu, berdekatan dengan Airport cuma agak jauh sikit dari bandar Kuala Terengganu. Keluasan bilik agak selesa untuk kami berlima, bilik airnya juga luas dan yang paling utama antara kriteria bagi kami yang mempunyai anak-anak yang sedang membesar sudah pasti kolam renang wajib ada dan mesra kanak-kanak. Jom layan gambar-gambar yang sempat di ambil semasa di sana.








Biasanya setiap kali menginap di hotel kita akan dapat percuma sarapan pagi untuk 2 orang dewasa, memandangkan kami menginap 3 hari 2 malam maka dapatla sarapan pagi 2 kali, makanan yang disediakan juga banyak pilihan sudah tentu hari pertama memilih nasi dagang, hari kedua laksam. Kami berpuas hati dengan kemudahan dan layanan yang disediakan oleh pihak Tabung Haji Hotel & Convention Centre, staf mereka juga mesra, muka tak ketat jika kita memintan pertolongan, pendekata lepas ni kalau bercuti ke Kuala Terengganu confirm kami memilih Tabung Haji Hotel bukan sekadar hotel yang selesa malahan kita membantu ekonomi orang Islam.

Kalau dah sampai Kuala Terengganu tak sah kalau tak singgah Pasar Payang yang terkenal dengan menjual pelbagai hasil kraftangan masyarakat Terengganu dan pelbagai jenis makanan yang warna warni. Tapi sebelum masuk sini kena beringat kalau tak boleh habis semua RM maklumla rambang mata kalau boleh semua nak dibeli haha. Berhadapan dengan Pasar Payang terdapat Bazar Warisan yang juga menjual hasil kraftangan masyarakat Terengganu.



Dalam pada sibuk shopping, hantaran juga kami perlu sediakan untuk majlis pertunangan adik walaupun jauh beratus KM hantaran kena dihias cantik yang paling mencabar ialah nak pastikan kek ni kekal cantik.




Lagi gambar hantaran





Hari yang ke 3 dalam perjalanan balik wajib singgah Losong memborong keropok lekor dan keropok keping. Juga singgah di Marang memborong Sata, apa itu Sata basically Sata ni dibuat dari isi ikan juga dan dibalut daun pisang kemudian dibakar, macam ni rupa Sata.


Google image

Dalam seronok berjalan dan mewah dengan makanan kesihatan pun kena jaga juga ya, ni antara vitamin yang wajib saya bawa bila berjalan jauh.





Performance Drink untuk kesegaran badan maklum la perjalanan yang agak jauh 

Ostematrix untuk lenguh-lenguh kali selepas balik shopping dan senang pembuangan keesokkan harinya.

Omega Guard dan Lecithin untuk membakar lemak dan mengangkut lemak selepas bernasi dagang, sata, sotong tepung, multi nasi goreng, laksam, kopok lekor dan macam-macam makanan yang menyelerakan.

Nutriferon untuk imuniti

Omega Guard juga bagus untuk anak-anak sebelum mereka berendam dalam swimming pool.


Anyway Terengganu negeri yang seronok untuk bawa anak-anak berjalan keluar sebentar dari bandaraya yang sibuk 24 jam, sekurang-kurangnya kita dapat habiskan masa bersama-sama anak-anak, menikmati pemandangan dan recharge tenaga kita untuk belajar, bekerja dan bisnes.

Pergilah bercuti... anda yang menentukan budget, lokasi dan keperluan bercuti itu sendiri, bila kita gembira, anak-anak gembira, charge-charge yang positif akan datang kepada kita dan Mudahnya Kita Menjemput Rezeki.



Bagaimana Vitamin Shaklee boleh membantu bagi mereka yang ada


Bayi Premature


Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.


Anak yang kurus kering dan selalu tidak sihat

Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.



Ibu yang menyusu



Dia Peer Counselor Laktasi, Tapi Masih Buat INI from iReach HD on Vimeo.

Labels: , , , ,