Khasiat Lada Hitam Dan Resepi Ibu Berpantang



Sos lada hitam atau blackpepper sauce sentiasa jadi rebutan kami sekeluarga, samada dimakan dengan kambing yang digril atau dimakan dengan chicken chop atau sekadar dijadikan sos dan dimakan dengan nugget ayam pun laku keras dirumah kami.


Menurut kajian yang dilakukan di Michigan Cancer Centre mengatakan lada hitam yang sering digunakan dalam masakan sebenarnya mempunyai banyak khasiat kepada badan dan juga kecantikan.


Lada hitam mengandungi piperine yang membantu mencegah perkembangan sel kanser payudara. Selain itu ia mengandungi Vitamin C, Vitamin A, flavonoid, karoten dan antioksdian yang membantu mengatasi radikal bebas dalam tubuh.


Antara Lain Khasiat Lada Hitam


Membantu Dalam Penghadaman


Kandungan piperine dalam lada hitam membantu proses penghadaman dan pencernaan. Lada hitam berperanan merangsang selera makan dengan memberi isyarat kepada perut untuk menghasilkan lebih asid hidroklorik. Asid ini penting untuk mencerna protein dan makanan lain di dalam perut. Dan apabila berlaku kekurangan ia akan menyebabkan sakit perut, kembung, senak, cirit birit, sembelit dan keasidan.


Lada Hitam Membantu Menurunkan Berat Badan


Lada hitam membantu proses yang menggalakkan mengekstrakkan semua nutrien makanan. Lapisan luarnya yang mengandungi fitonutrien kuat merangsang pecahan sel-sel lemak. Ia juga menggalakkan perpeluhan dan membuang air kecil dan merupakan cara yang baik untuk menghilangkan air berlebihan dan toksin dari badan. Kesemua aktiviti ini secara ringkasnya boleh menurunkan berat badan.


Lada hitam Berupaya Membuang Angin Dalam Badan


Ahah..kesan ini yang paling best hehe...Lada hitam mempunyai kandungan yang boleh melegakan ketidakselesaan yang disebabkan oleh perut kembung atau angin dalam badan. Gedebus gedebas lah jawabnya selepas makan lada hitam. Anda tersenyum kelegaan selepas itu. Perut pun rasa selesa je.


Melegakan Hidung Tersumbat Dan Batuk

Lada hitam mempunyai ciri-ciri yang bertindak sebagai antibakteria. Ia merupakan ubat semulajadi untuk merawat selsema dan batuk. Ia juga membantu melonggarkan kahak dan hidung tersumbat.


Lada hitam juga selalu menjadi ramuan utama untuk menu ibu yang berpantang. Antara resepi ibu berpantang yang menggunakan lada hitam dan saya sendiri pernah makan ialah


Sup Ikan Haruan

Bahan-bahannya

1 ekor ikan haruan
2 cawan air
2 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan lada hitam - ditumbuk
3 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
2 cm halia - ditumbuk
1 keping asam keping
Sedikit asam jawa
Garam secukup rasa
Daum bawang dan daun sup dihiris


Cara membuatnya

Ikan dipotong dan dibersihkan dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir ikan. Bilas dengan air beberapa kali dan toskan.

Panaskan minyak jagung dan tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk sehingga berbau. Masukkan sedikit air, apabila mendidih masukkan lada hitam, asam keping dan ikan kacau rata dan masak lagi hingga mendidih. Akhir sekali masukkan hirisan daun bawang dan daun sup sebagai penambah selera.


Kalau dah bosan dengan ikan haruan, boleh juga ikan bawal putih atau ikan merah atau ikan siakap.


Ada banyak resepi ibu dalam pantang yang menggunakan lada hitam. Tunggu entri yang berikutnya ya, saya akan kongsikan. Untuk mereka yang nak turunkan berat badan pun boleh cuba resepi ibu dalam pantang. Badan akan rasa panas, perut selesa dan badan pun lebih segar.


Pengambilan suplemen dalam pantang juga penting untuk kesihatan ibu. Anda boleh klik Vitamin Ibu Berpantang Shaklee. InshaaAllah saya akan membantu anda untuk buat pilihan vitamin yang sesuai semasa dalam pantang.


Link yang berkaitan

Makanan Yang Dielakkan Semasa Berpantang Caeserian

Senarai Keperluan Ibu Sewaktu Berpantang


Bagaimana Vitamin Shaklee Membantu


Ibu Yang Panik Untuk Menambah Susu Badan




Ibu Yg PANIK Nak Tambah Susu Badan; Hingga Sanggup.... from iReach HD on Vimeo.


Nak order sila hubungi


Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp : 010-2995619




Labels: