Anak-anak saya dah bersekolah rendah dan menengah, tiap-tiap malam sebelum tidur antara perkara yang difikirkan ialah menu sarapan pagi nak masak apa. Secara umumnya dengan masa yang suntuk kita perlukan menyediakan menu yang mudah dan sedap dan anak-anak berselera nak makan sebelum ke sekolah. Kalau setiap hari menu yang sama, jemu pulak anak-anak merenung makanan atas meja, betul tak? Silap-silap air je yang diminum. Maka maknya yang akan menghabiskan makanan dan melebar dengan jayanya hehe.
Resepi Sarapan Mudah Dan Sedap - Roti Kebab Ayam ini sangat mudah disediakan walaupun anda seorang ibu yang super busy, bagi ibu yang bekerja pun boleh bawa bekal ke pejabat. Mana tau ada kawan-kawan yang berminat dan anda boleh menambah pendapatan dengan menjadi agen Sate Kebab :)
Bahan-bahan yang diperlukan
1 Bungkus Sate Kebab Ayam
Roti "Hot Dog"
Salad dihiris
Bawang besar dihiris
Sos (cili/mayonis/one thousand island/cheesy)
Cara-cara menyediakannya
Sate kebab Ayam dimasak samada dengan menggrill/kukus dan dibuang lidinya.
Salad yang telah dihiris
Bawang besar yang telah dhiris
Roti Hot Dog dibelah tengah
Dan ini hasilnya hasil sumbatan Sate Kebab Ayam (letak 2 ketul), salad, bawang besar dan sos (yang ni ikut kesukaan masing-masing). Cara saya ialah hanya sediakan tanpa sos dan terpulang kepada anak-anak, mereka nak tambah dengan sos apa. Diminum pula dengan segelas ESP Shaklee atau segelas Mealshakes Shaklee, perghh lagi mantap. Mudah kan. Anak-anak pun bertenaga untuk ke sekolah.
Resepi Sarapan Mudah Dan Sedap - Roti Sate Kebab Ayam bukan sahaja boleh dimakan waktu sarapan, minum petang pun boleh atau makan malam bagi menggantikan nasi.
Bagi sesiapa yang nak order Sate Kebab Akmal atau nak menjadi agen dikawasan anda boleh hubungi saya
Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619
Labels: Sate Kebab Akmal - Agen Shah Alam