Bekerja Dari Rumah Secara Online Jana Pendapatan


Rata-rata mereka yang dah berumahtangga dan mempunyai anak mesti teringin nak bekerja dari rumah dan dalam masa yang sama jana pendapatan, mesti seronok dapat layan karenah anak-anak, menguruskan kerja-kerja rumah, menghantar dan mengambil anak sekolah tanpa perlu bantuan daripada pembantu rumah tapi masih ada "income" atau duit dan dalam masa yang sama dapat membantu suami menguruskan ekonomi rumahtangga.


Hakikatnya ramai yang tidak berpeluang berbuat demikian, antara isu terbesar ialah bagaimana untuk survive di bandar besar hanya suami sahaja yang keluar bekerja dan ramai masih takut untuk keluar dari zon selesa. Saya sendiri pernah bekerja lebih dari 10 tahun tapi dalam hati memberontak untuk duduk di rumah dan menjalankan perniagaan sendiri, masa itu saya dah mempunyai 2 orang anak yang masih kecil, umum sedia maklum apabila kita bekerja di bandar-bandar besar masa banyak dihabiskan di jalan, ini disebabkan  setiap hari kena mengadap jam...letih, stress macam-macam ada. Balik rumah ada kerja menimbun sedang menunggu.


Tahun 2010 saya nekad dan dengan izin suami saya meletakkan jawaatan dan dalam masa yang sama  saya sedang mengandung anak ketiga. Selepas anak ketiga dilahirkan saya dah bertekad sebelum itu untuk menyusukan anak ketiga sepenuhnya dengan susu ibu, selain dari banyak khasiat dan kelebihan susu ibu, sudah tentu jimat duit, surirumah kan masa tu kenalah berjimat :)


Saya suka membaca majalah keibubapaan dan masa itu terpandang iklan berkaitan suplemen atau vitamin Shaklee untuk ibu yang menyusukan, hati ni dah teruja tengok kebaikan vitamin tersebut jika diambil secara konsisten bagi ibu yang menyusukan. Saya terus menghubungi Pn Lyna Noh untuk membeli vitamin tersebut, selepas beberapa ketika terdetik dalam hati saya untuk register sebagai ahli Shaklee dan bermula lah kisah saya, perjalanan saya dengan Shaklee. Sebelum itu saya dah menjalankan perniagaan sendiri.


Apabila dah register kami akan dimasukkan dalam grup yang ekskusif, di dalam grup ni kami akan diajar untuk mengenali Shaklee dengan lebih dekat, fungsi setiap vitamin, marketing dan yang paling seronok ilmu kerohanian. Lagi bersemangat nak bisnes Shaklee. Ilmu-ilmu yang diajar ni PERCUMA dan hampir semuanya ialah secara ONLINE, menarikkan tak payah bersengkang mata keluar larut malam, anak-anak dtinggalkan , modal yang beribu pun tak perlu, bayar RM75 sahaja seumur hidup untuk yuran keahlian. Dan paling istimewa Shaklee  dah sediakan platform yang anda hanya perlu klik-klik untuk buat pesanan, bayar dan tunggu sahaja vitamin sampai di rumah anda atau rumah customer. Mudah sangat bisnes Shaklee sangat sesuai untuk mereka yang surirumah, mereka yang nak buat bisnes secara part time, pelajar, mereka yang ada anak-anak kecil tak perlu keluar rumah untuk menghantar barang, Shaklee boleh uruskan order anda. Inilah konsep Bekerja Dari Rumah Secara Online Jana Pendapatan bertepatan dengan tajuk yang saya tulis kat atas.


Apa keuntungan dan kelebihan dengan bisnes Shaklee ni? Apa yang anda dapat jika anda serius dengan bisnes Shaklee, selain dari untung runcit, ada berderet-deret bonus yang Shaklee akan bayar atas usaha anda. Ingat ya siapa yang kerja kuat, rajin dan gigih berusaha dia yang akan berjaya, tiada istilah upline goyang kaki dan hanya menikmati hasil. Konsep kami, mak aka upline yang bekerja untuk memastikan anak-anak Shaklee aka downline sama-sama berjaya dalam Shaklee. Bila kita bekerja secara berjemaah, hasilnya sangat manis dan dalam masa yang merapatkan ukhuwah sesama kami. Anak-anak Shaklee akan dibimbing seperti bayi bermula dengan peringkat dilahirkan, membesar sampailah boleh berdikari.


Nak lagi kelebihan menjadi ahli Shaklee? Marilah sama-sama register ahli Shaklee dengan saya, InshaaAllah saya akan bimbing anda sehingga berjaya menjana pendapatan untuk keluarga dan diri anda. Niatkan dalam hati untuk memberi yang lebih banyak kepada insan-insan yang memerlukan.


Bekerja dari rumah secara online dan menjana pendapatan atau Work At Home Mom (WAHM) bukanlah sesuatu yang mustahil. Yakinlah anda mampu!


Email saya arnisyazila@gmail.com untuk keterangan lanjut

Labels: