HargaSetBersalinShaklee - Kehamilan Part 2


Sambungan dari semalam...kisah perjalanan kehamilan yang akan dialami oleh bakal-bakal ibu.

Minggu 9 - 12

Bayi Anda

Semua organ, anggota dan otot kini sudah terbentuk sepenuhnya dan berfungsi. Ini bermakna bayi anda tidak mudah terdedah kepada bahaya kerana pada peringkat ini, organnya tidak mungkin lagi rosak. Jantungnya pula berdegup sebanyak 140 kali seminit. Jari tangan dan kaki telah terbentuk pada tunggul anggota walaupun jari-jarinya masih bersambung dengan selaput kulit. Ovari atau testikel dibentuk dan organ jantina luaran boleh dilihat.

Pada penghujung minggu ke 12, semua ciri mukanya telah terbentuk, bayi anda mempunyai sepasang telinga, hidung dan sepasang kelopak mata yang tertutup. Kuku telah pun tumbuh pada jari tangan  dan kaki. Semakin otot bayi anda membesar, dia dapat bergerak dengan bebas. Sendi, jari tangan dan kakinya boleh bergerak, walaupun anda tidak dapat merasai pergerakan sedemikan.

Bayi anda dapat menghisap dan mula menelan cecair amnion (air ketuban) yang mengalir melalui buah pinggangnya dan dihantar balik sebagai air kencing ke dalam cecair amnion, tempatnya terapung. Berat  bayi anda lebih kurang 30g dan panjangnya 3sm apabila dia mengerekot.


Anda


Rasa loya yang anda rasai mungkin sudah berkurangan tapi ada juga  ibu yang merasa loya hngga peringkat akhir kehamilan. Anda mungkin perasan perubahan pada warna puting susu yang menjadi lebih gelap dan perubahan warna kulit muka anda. Anda mungkin dapati suatu garisan yang gelap timbul di tengah-tengah perut anda. Ini dipanggil linea nigra dan akan lebih jelas kelihatan apabila usia kehamilan meningkat. Perut anda semakin membesar dan anda mungkin sukar untuk mengenakan butang seluar anda.....maknanya? Time for shopping baju-baju yang sesuai untuk ibu mengandung, bagi saya sendiri saya lebih selesa pakai seluar yang sesuai untuk ibu hamil bagi memudahkan pergerakan saya.



Apabila bayi anda berusia 13 minggu



Minggu 13 -18

Bayi Anda

Bayi anda telah terbentuk dengan sepenuhnya tetapi saiznya masih kecil. Degupan jantungnya boleh didengar dengan jelas dengan menggunakan pengesan ultrabunyi...ayat-ayat yang biasa akan ditanya setiap kali check-up...dah scan, baby apa? hehe . Bayi anda kini mempunyai bulu mata, alis mata dan batang hidung. Plasenta telah terbentuk dengan sepenuhnya dan mula memberikan bayi anda makanan, Pada minggu ke 18, dia membesar lebih daripada 12sm panjang dan beratnya bertambah lebih daripada 150gm.


Anda

Pada peringkat ini anda mungkin merasai pergerakan bayi anda seolah-olah ada rama-rama dalam perut anda...syok tau. Payudara anda mungkin bertambah besar dan terasa sakit manakala kolustrum mungkin keluar daripada puting susu. Kolostrum ialah cecair berwarna yang kandungannya penuh dengan khasiat dan antibodi yang penting dan merupakan makanan pertama bayi anda apabila dia dilahirkan.


Pengambilan makanan yang berkhasiat semasa anda hamil sangat penting. Ini untuk memastikan anda dan bayi anda sihat sepanjang kehamilan.

Labels: ,