Petua Singkirkan Lemak Secara Semulajadi


12/7/2014




Pernah tak uolls rasa macam dalam gambar di atas tu, rasa macam dah gemuk, rasa kenapa perut semakin buncit walhal bukan mengandung pun, badan rasa berat je hehe...orang perempuan ni memang suka jaga badan tapi kadang-kadang kita terlupa berapa banyak lemak dan kalori yang dah termasuk dalam perut kita oppppsss termasuk ya bukan ke disengajakan. Dalam masa yang sama kebanyakkan dari kita ada mengambil produk atau vitamin untuk turunkan berat badan secara semulajadi.


Dalam entri kali ini saya akan kongsi buah-buahan dan sayur-sayuran yang boleh membantu menyingkirkan lemak dalam badan kita. Tak hilang 10kg hilang 2 kg pun kita dah gembirakan. Sebaiknya biar berat  turun secara konsisten atau sikit-sikit bukannya secara mendadak, kalau turun mendadak sangat.... dah kurang selamat tu. Boleh baca di sini kenapa berat perlu turun secara selamat.


Selamat membaca dan jangan lupa cuba buat ya Petua Singkirkan Lemak Secara Semulajadi ni. Peringatan untuk saya juga :) Lagi-lagi masa musim perayaan.



Nenas




Nenas kaya dengan kandungan vitamin C yang lazimnya dimanfaatkan untuk mereka yang mengalami masalah kancing gigi, sakit tekak, sembelit, luka terbakar malah kegemukan. 

Untuk mengurangkan masalah obesiti sediakan nenas yang tidak terlalu masak, kupas dan cuci hingga bersih. Potong beberapa bahagian dan kisar untuk dijadikan jus, Pati nenas sesuai diminum dua kali sehari 



Limau Nipis


Limau nipis kaya dengan kandungan Vitamin C. Ia sering menjadi pilihan mereka yang mahu menurunkan berat badan, Caranya sangat mudah iaitu ambil limau nipis dan potong beberapa bahagian. Perahkan limau nipis ke dalam gelas untuk dijadikan jus.

Untuk rasa yang lebih menyegarkan saya cadangkan campurkan dengan Cinch Tea Shaklee. Amalkan pengambilan jus ini sewaktu tengahari atau sebelum tidur.




Lobak Merah dan Timun




Lobak merah dan timun juga boleh dijadikan pilihan untuk mereka yang mengalami masalah kegemukan. Jusnya mampu mengenyangkan justeru itu ia mengelakkan seseorang itu mengambil makanan secara berlebihan.

Untuk membuat jus, ambil dua atau tiga batang lobak merah dan sebiji timun kemudian dikisar menjadi jus. Ia juga boleh dicampur dengan susu atau kalau uolls tak berminat dengan susu boleh campurkan dengan Energizing Soy Protein Shaklee (ESP) disertakan sekali dengan beberapa sudu Performance Drink Shaklee dan rasanya yummy...hmm sedap, segar. dan mengenyangkan.



Buah Delima



Buah delima mempunyai banyak khasiat sama ada untuk mata, begitu juga untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Rasa buah yang manis dan sedap tentu saja mudah dinikmati. Menariknya setiap bahagian tumbuhan ini memang berguna dari daripada akar hinggalah ke kulit kayunya. 

Untuk dimanfaatkan sebagai ramuan menurunkan berat badan, ambil dua lembar daun delima muda kemudian cuci dan tumbuk sehingga halus. Ramas ramuan tersebut dan tambahkan air panas, kemudian campur dengan sedikit garam dan tapis. Amalkan minum pati delima dua kali sehari



Halia



Halia bukan sahaja digunakan dalam masakan  dan membuang angin dalam badan, malah ramai yang menggunakannya untuk menurunkan berat badan. Jus halia mempunyai banyak khasiat dan memberi kelegaan kepada perut bermasalah.


Caranya rebus lima inci halia yang dibuang kulitnya dan cuci sehingga bersih. Masak dengan air secukupnya sehingga mendidih, kemudian tapis dan biarkan sejuk. Amalkan minum air rebusan  halia ini pada waktu pagi, tengahari atau malam, mungkin boleh tambah beberapa sudu Performance Drink Shaklee untuk rasa yang lebih segar.


Kalau nak order ESP, Performance Drink dan Cinch Tea Shaklee klik sini


Promosi Vivix Masih Berlangsung, dapatkan beberapa penjimatan hebat, keahlian Shaklee percuma, Hubungi saya dengan segera.







Labels: , ,