Punca Dan Petua Mengatasi Masalah Keletihan


Adakalanya kita tidur lewat malam samada perlu menghabiskan kerja, menguruskan bisnes, anak-anak yang masih aktif walaupun ketika itu jam menunjukkan pukul 1 pagi atau anak-anak tidak sihat atau hanya sekadar menonton televisyen. Sedangkan pada waktu esok anda perlu menghadirkan diri ke pejabat lebih awal kerana ada mesyuarat atau pembentangan.





Akan ada satu ketika tubuh kita rasa terlalu letih, nak berjalan pun rasa berat, mata berat, kepala berat. Pakar perubatan ada menyenaraikan punca badan kita mengalami keadaan yang terlalu letih.


Punca Masalah Keletihan


1. Dehidrasi

Dehidrasi terjadi apabila seseorang kehilangan air dalam badan tidak seimbang dengan air yang diminum. Contohnya kurang minum air sewaktu musim panas atau selepas bersukan.


2. Kekurangan Vitamin B12

3. Terlalu stress

4. Tidak mengetahui mengidap penyakit jantung

5. Paras zat besi terlalu rendah atau tinggi

6. Tidak aktif

7. Terlalu banyak bersenam

8. Mengidap jangkitan salur kencing


Makanan yang dapat mengurangkan rasa keletihan



Kekacang dan Biji-bijian



Untuk membantu melawan keletihan otot, makanan yang dicadangkan mempunyai semua sumber magnesium ialah biji labu, badam, kacang gajus dan kacang hazel.
Manakala bunga matahari, biji labu, biji gajus, walbut dan badam berfungsi melawan keletihan emosi ini disebabkan oleh kandungan triptofan yang terdapat dalam bij-bijian tersebut. Secara tak langsung apabila keletihan emosi diatasi ia dapat membantu meringankan keletiahn fizikal.


Yogurt




Siapa yang tak suka yogurt kan? Yogurt ni salah satu makanan kegemaran saya dengan teksturnya yang lembut, ia membuatkan dapat diproses dengan cepat oleh tubuh menjadi tenaga berbanding makanan padat. Yogurt mengandung probiotik iaitu bakteria baik yang dapat membantu mempertahankan ekosistem usus agar sentiasa sihat dengan melindunginya dari pathogen dan membantu tubuh menyingkirkan bakteria yang merbahaya. 

Kajian dari Univeristi Toronto mendapati probiotik dapat membantu mengurangkan gejala keletihan kronik dengan meningkatkan kadar asid amino triptofan pada otak, Triptofan dikenali sebagai pemangkin serotonin, suatu neurotransmitter yang membantu merangsang tidur dan menggalakkan perasaan tenang, membantu mengatasi masalah keletihan samada dari segi emosi dan fizikal.





Bayam





Antara sayuran yang mempunyai kandungan nutrien yang membantu menghilangkan keletihan ialah bayam. Selain mengandungi zat besi ia juga sangat kaya dengan magnesium dan kalium. Peranan zat besi  ialah menghindari keletihan, Kadar zat besi yang rendah dalam tubuh menyebabkan keletihan fizikal, mental dan anemia.




Oatmeal





Kelebihan oatmeal ialah terkenal sebagai kemampuannya dalam menjaga kesihatan pencernaan. Pengamal perubatan menggalakkan mereka yang mereka mengalami diabetes mengambil oatmeal bagi membantu menjaga kadar gula dalam darah supaya berada pada paras normal. Pesakit diabetes memerlukan kandungan serat yang tinggi dalam pemakanan seharian mereka.

Selain dari mengandungi serat yang tinggi, oatmeal juga mengandungi magnesium, protein dan fosforus, tiga nutrien yang signifikan dan secara langsung mempengaruhi tahap tenaga, menjadikannya sebagai makanan yang ideal untuk mengatasi keletihan. Oatmeal juga merupakan sumber vitamin B1 (tiamin) yang berperanan dalam penghasilan tenaga oleh badan.



Supplemen Dan Vitamin Yang Membantu Mengatasi Masalah Keletihan, Penat Dan Kurang Bertenaga


Vita-Lea Iron Formula
B Complex
Vitamin C
Ostematrix (Calcium Magnesium)
Energizing Soy Protein (ESP)


Untuk pengetahuan semua ke semua vitamin tersebut selamat di makan oleh ibu yang mengandung dan ibu yang menyusukan, samada perempuan atau lelaki pun boleh makan. Jangan bimbang ianya selamat dan mendapat endorsement dari FDA.


Bagi mereka yang nak order vitamin Shaklee boleh hubungi saya email : arnisyazila@gmail.com


Promosi Vivix Masih Berlangsung, dapatkan beberapa penjimatan hebat, Keahlian percuma Shaklee. Hubungi saya dengan segera.


Labels: , , , ,