Shaklee, Saya Dan Hari Raya


23 Julai 2014





Tinggal beberapa hari sahaja lagi bulan Ramadhan akan meninggalkan kita dan kita akan menyambut Hari Raya. Dan tahun ini juga merupakan tahun ke 5 saya menyambut Hari Raya sebagai seorang surirumah separuh masa, ibu dan isteri sepenuh masa. Kenapa saya tulis separuh masa? Saya adalah seorang Work At Home Mom (WAHM) yang menjalankan perniagaan Shaklee dari rumah hampir 100% secara online.


Masa bekerja setiap bulan dapat gaji, akhir bulan je pergi mesin ATM cucuk duit...taraa gaji dah masuk. Akan tetapi apabila kita tidak bekerja dan dah biasa bekerja kita akan rasa tidak selesa kerana tidak mempunyai pendapatan sendiri. Betul..suami akan bagi duit untuk kita menguruskan rumah dan anak-anak bagaimana pula dengan perbelanjaan kita, maklumlah perempuan kehendaknya macam-macam, nak itu dan ini, ini saya merujuk kepada diri saya sendiri :). Penyelesaiannya saya perlu mempunyai pendapatan sendiri dan dalam masa yang sama dapat menguruskan rumahtangga dan anak-anak.


Detik pertemuan saya dengan Shaklee telah banyak membuka peluang kepada saya untuk menambah pendapatan keluarga walaupun sebelum ini saya telah melakukan pelbagai jenis perniagaan. Nampaknya saya serasi dengan perniagaan Shaklee juga produk yang digunakan banyak membantu saya, keluarga dan mereka di luar sana.


Kenapa saya kaitkan Shaklee, saya dan Hari Raya?


Seperti sedia maklum apabila Hari Raya bakal menjelma mesti kita nak hadiahkan ibubapa kita duit raya, baju Raya, kuih muih rasa macam tak seronok kalau meminta dengan suami. Saya sangat bersyukur kerana berpeluang menjana pendapatan dengan Shaklee walaupun bermula dengan bonus 2 angka sahaja tapi makin lama bonus meningkat dan secara tak langsung pendapatan saya juga bertambah. Dengan duit bonus inilah saya membeli keperluan Raya untuk ibu bapa saya, dapat beli baju Raya untuk diri sendiri dan saya bebas untuk sedekahkan duit saya untuk mereka yang memerlukan.


Disamping menambah pendapatan, dengan Shaklee juga saya dapat membantu orang lain menambah pendapatan dan menggalakkan orang lain menjaga kesihatan terutama para ibu, Saya amat memahami kesibukan seorang ibu yang bekerja, ibu yang ada anak kecik sebab saya sendiri pernah mengalaminya dan tugas seorang ibu tidak pernah berhenti selagi hayat dikandung badan. Seorang ibu memerlukan vitamin sebagai makanan tambahan untuk kekal cergas dan sihat untuk menguruskan rumahtangga dan anak-anak.


Grup Shaklee saya merupakan grup yang menyokong antara satu sama lain, itulah keindahannya apabila kita berada dalam grup yang betul. Saya yakin ramai rakan-rakan diluar sana ingin menambah pendapatan dan dalam masa yang sama dapat menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Tiada yang mustahil walaupun anda lewat memulakan langkah, saya akan membimbing anda jika anda berjanji dengan diri anda sendiri untuk  cemerlang dalam bisnes Shaklee.


Ingin menambah pendapatan demgan Shaklee, hubungi saya dengan segera

Email : arnisyazila@gmail.com

Labels: