Cegah Stretchmark Di Perut Semasa Mengandung


Sebagai seorang ibu yang pernah melahirkan anak, saya sendiri mengalami perubahan semasa mengandung, cuma saya mungkin bernasib baik kerana tidak mengalami Morning Sickness sebagaimana wanita lain akan tetapi perubahan lain yang juga saya alami ialah seperti pertambahan berat badan, kelesuan, sakit belakang dan yang paling ketara sekali ialah Stretchmark diperut tinggalan selepas mengandung. Stretchmark ialah rekahan kulit atau parut kecil yang terjadi di permukaan kulit akibat dari kesan regangan kulit yang semakin membesar waktu hamil.



Cegah stretchmark semasa mengandung

Ini bukan perut saya ya, gambar ini ihsan dari Google


Untuk makluman kesan regangan ini bukan sahaja berlaku dibahagian perut atau abdomen malahan ia boleh berlaku di bahagian tubuh yang lain seperti payu dara, lengan dan peha, kesan ini bergantung kepada faktor pertambahan berat badan, genetik dan amalan yang dilakukan bagi mencegah Stretchmark semasa mengandung. Perubahan Badan Ibu Mengandung ada saya kongsikan di link berikut Perubahan Badan Ibu Mengandung.


Terdapat pelbagai tips yang boleh anda lakukan bagi mencegah Stretchmark diperut semasa mengandung atau dibahagian tubuh yang lain tetapi ingat tips ini perlu dilakukan di peringkat awal anda mengandung.


Minum Air Kosong




Sepanjang tempoh anda mengandung sebaiknya minum air kosong antara 6 - 8 gelas sehari. Ya betul anda akan kerap ke tandas untuk membuang air kecil, ketahuilah ia bagus kerana tubuh anda kekal hidrat sekaligus kulit anda pun sama-sama hidrat dan tidak meregang dengan teruk.


Makanan Segar




Sebaiknya ibu yang mengandung lebihkan makanan segar seperti buah-buahan, sayur-sayuran segar, minyak yang kurang kolesterol dan makanan rendah lemak. Vitamin adalah penyumbang terbaik dalam usaha kulit yang sihat seperti Vitamin C. Dalam Set Vitamin Ibu Mengandung Shaklee ada menyediakan vitamin yang sesuai diambil oleh ibu mengandung.


Berat Ideal


Kawallah berat badan anda sepanjang anda mengandung, boleh makan banyak kali tetapi dengan kuantiti yang sedikit, bukan makan ikut tekak ya. Jika anda berupaya mengekalkan pertambahan berat badan yang ideal mengikut usia kandungan kulit anda hanya meregang  secara semulajadi sekaligus mengurangkan risiko kesan regangan yang teruk. Kekalkan pertambahan berat badan yang sihat antara 11 - 16kg sehingga penghujung kehamilan.


Urutan Lembut


Semasa mandi lakukan urutan lembut seperti dikawasan abdomen/perut, lengan, peha, paha ataupun payudara dengan menggunakan span atau berus yang lembut bukan guna berus baju tau boleh terkoyak kulit dibuatnya.


Diet Berkhasiat


Pastikan pengambilan makanan yang berkhasiat sepanjang anda mengandung, anda juga disarankan untuk mengambil Vitamin Ibu Mengandung ianya penting untuk kesihatan kulit, rambut, gigi anda dan juga untuk perkembangan bayi di dalam kandungan.


Senaman Regangan


Lakukan senaman ringkas seperti senaman regangan yang bersesuai untuk ibu yang mengandung kerana ia mampu memperbaiki peredaran darah, menganjalkan kulit dan menjadikan kulit lebih sihat. Sebelum anda melakukan sebarang senaman sebaiknya berbincanglah dahulu dengan doktor anda untuk mengelakkan sebarang komplikasi yang mungkin berlaku.


Hindari Tekanan




Elakkan tekanan yang melampau semasa anda mengandung. Rehatkanlah diri anda, cari waktu yang sesuai atau biasa  dipanggil "Me Time" mungkin dengan membeli belah atau sekadar berehat sambil membaca buku mungkin dapat menenangkan diri anda. Jika anda tertekan, kulit anda juga akan mengalami tekanan. 



Elakkan Menggaru


Bila kulit kita meregang automatik tangan tu nak menggaru, rasa yang amat gatal, syok ya menggaru bayangkan kalau kita menggaru rupa kulit tu nanti selepas anda bersalin atau anda boleh google rupa kulit selepas anda bersalin, mesti tak nak menggaru dah lepas tu.


Untuk makluman semua tips ni jangan anda terus tinggalkan sebaik sahaja anda melahirkan bayi anda. Anda masih berisiko untuk mengalami kesan regangan berikutan perubahan berat badan mendadak setelah bersalin. Teruskanlah panduan yang telah saya kongsikan.


Bagi anda yang dah lama tak bersalin atau dalam ertikata lain dah tak nak mengandung lagi, tapi dalam masa yang sama nak kulit yang cantik, tegang dan anjal, mengembalikan kecantikan anda, saya cadangkan anda mengambil Collagen Powder Shaklee, ESP dan GLA.


Antara manfaat Collagen Powder Shaklee selain dari anda kelihatan lebih muda dan rasa lebih muda, Collagen Powder Shaklee akan membantu kulit anda kurang kering dan elastisiti akan bertambah baik. Kulit juga akan sembuh dengan cepat dan ini akan membantu mengurangkan parut.


Jangan lupa ya bulan ni berlangsung promosi beli Collagen Powder Shaklee 6 kotak anda dapat percuma 1 kotak yang berharga RM298, percuma keahlian Shaklee dan anda juga boleh dapat bonus bulan yang berikutnya.


Berminat nak order atau nak menjadi ahli Shaklee, sila hubungi saya


Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp : 010-2995619








Labels: