Daging Penting Untuk Pertumbuhan Remaja



Kebiasaannya seminggu sekali saya akan ke pasar membeli barang-barang basah selain dari ayam, udang, sotong, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan, saya juga akan membeli daging, biasanya saya akan membeli daging batang pinang, daging bahagian ni kurang berlemak. Nak tahu makna daging batang boleh klik daging batang pinang.


Entri kali ini bukan nak cerita pasal daging nak masak apa, walaupun lagi beberapa hari kita akan menyambut Hari Raya Haji, Hari Raya Korban. Entri kali ini saya kongsikan mengapa anak-anak remaja perlu makan daging, sebaiknya bukan daging yang berlemak.


Remaja yang usia 13 - 19 tahun perlu makan daging kerana tubuh mereka masih melalui phasa pertumbuhan  dan perkembangan. Jika mereka tidak mengamalkan cara makan yang sihat atau kurang berkhasiat boleh menimbulkan masalah seperti jerawat, cepat letih, menstruasi yang terlalu berat atau ringan dan mood yang tidak menentu.


Remaja di usia ini adalah remaja yang tengah lasak, disamping sedang dalam proses pembelajaran di sekolah. Ada juga remaja di usia ini sibuk untuk berdiet dan mungkin menyebabkan mereka kekurangan zat tanpa mereka sedari, sedangkan pengambilan makanan yang berkhasiat sangat penting diusia begini.


Salah satu bahan makanan yang amat disarankan untuk remaja adalah daging lembu tanpa lemak yang merupakan sumber seperti protein, zat besi, zink dan Vitamin A, B2, B6 dan B12. Pengambilan yang cukup, mampu mempengaruhi pertumbuhan kulit dan rambut, ketajaman otak, kesegaran tubuh, sistem imun dan sewaktu haid. Lebih-lebih lagi anak yang kuat bersukan dan bersenam seperti gambar di bawah. Kalau anda nak tahu anak bujang saya yang umur 14 tahun setiap hari akan mengangkat dumbell :) Nampak tak kenapa saya perlu beli daging tanpa lemak setiap minggu. Tapi ini bukan gambar anak saya ya hehe






Mungkin ada yang anak-anak tak suka makan daging, apakata anda cukupkan keperluan makanan mereka dengan memberi vitamin Shaklee antara vitamin yang boleh dimakan untuk anak-anak usia remaja ialah Vitalea, B Complex dan Vitamin C. Jika mereka tidak suka menelan tablet, pengambilan ESP dan Mealshakes dalam bentuk serbuk amat digalakkan.


Walaubagaimanapun pengambilan makanan yang berkhasiat dan berserat perlu untuk kita ambil setiap hari bagi mengekalkan kesihatan yang optimum. 






Labels: