Vitamin Untuk Seri Pengantin



Gambar ihsan Google



Pertengahan bulan September merupakan cuti sekolah selama seminggu dan seperti biasa bakal pasangan pengantin atau b2b berebut-rebut sudah menetapkan tarikh bagi melangsungkan perkahwinan. Lagi nak dekat tarikh pernikahan dan kenduri anda lagi panik...betul tak :) Rasa macam yang ni tak buat lagi yang tu tak buat lagi....relaks ya adik-adik semua, tarik nafas..hembus...tarik nafas...hembus, ambil pen dan kertas senaraikan satu persatu apa yang dah dibuat, apa yang belum dibuat. Utamakan yang penting terutamanya segala sijil atau surat kebenaran nikah, katerer dan andaman. Kalau boleh minta tolong adik beradik atau kawan baik untuk sama-sama berbincang dan bagi pendapat dan pandangan. Sentiasa "follow up" dengan mereka.

Kenapa bakal pengantin perlu dalam keadaan rileks dan tenang, ini adalah kerana...
lagi bakal pengantin semakin stres dan panik, maka jerawat berlumba-lumba akan muncul, penyakit gastrik akan menjelma kerana tidak jaga makan mengikut waktu, badan terlalu lesu, mudah naik angin, emosional tiba-tiba menangis tak tentu pasal, silap-silap bergaduh dengan bakal suami dan pelbagai perkara akan muncul disebabkan stres dan panik, sedangkan stres dan panik ni anda boleh kawal.


Sudah semestinya dihari bahagia anda, anda mahu dalam keadaan sihat, riang dan ceria. Terserlah seri pengantin tapi kalau dah tak cukup tidur, tak jaga makan, kulit muka akan kering dan sembab, bawah mata pun bertukar  hitam.Sebaiknya sebelum melangsungkan perkahwinan, anda digalakkan untuk mengambil Vitamin Bagi Seri Pengantin. 


Vitamin Untuk Seri Pengantin ialah


# 1 - Sustained Release Vitamin C

Untuk hilangkan kulit wajah berminyak, mengurangkan jerawat batu atau kecil, juga untuk meningkatkan antobodi mengelakkan dari bakal pengantin terkena jangkitan demam atau selsema. Pengambilan Vitamin C dicadangkan ialah sebanyak  1 - 2 biji sehari.


# 2 - Collagen Powder Shaklee

Collagen Powder Shaklee Naikkan Seri Pengantin



Anti Penuaan - Mengurangkan liang pori-pori, kedutan dan garis halus

Menghidratkan - Melembapkan kulit

Mengembalikan keanjalan kulit - Menjadikan kulit anjal, lembut dan tegang

Melicinkan - Tingkatkan kelicinan kulit

Menyuburkan - Menyuburkan rambut dan kuku yang sihat

Mencerah - Mengurangkan pigmentasi, jerawat dan kulit tak sekata

Menegang - Membantu menegang dan menganjalkan payudara.

Apabila kulit muka tiada masalah yang serius, jurumekap pasti suka kerana memudahkan kerja mereka, make up anda tidak bercapuk dan kekal lama.


# 3 - Alfalfa 

Bagi mereka yang mengalami masalah keputihan disarankan untuk makan 5 - 10 biji Alfalfa setiap hari dengan konsisten sekurang-kurangnya sebulan sebelum anda melangsungkan perkahwinan. Kenapa saya sarankan makan Alfalfa? Lepas sebulan anda makan dan berkahwin anda akan tahu sendiri :)


# 4 - Energizing Soy Protein (ESP)

Memandangkan anda sebagai bakal pengantin yang super busy, besar kemungkinan anda tiada selera nak makan, makan tidak menentu dan ini boleh mendatangkan penyakit seperti gastrik. Seksa tau kalau kena gastrik silap-silap 2-3 hari kerja tak selesai kerana anda hanya terbaring menahan kesakitan di rumah. Kan dah rugi masa yang berharga tu. Fungsi ESP ialah memberi tenaga dan sebagai alas perut supaya perut anda tidak terlalu kosong dan masuk angin. Selain itu, ESP dan Vitamin C juga boleh dibuat masker agar kulit anda bertambah berseri, lebih cerah dan halus mulus.


Ya betul make up boleh cover segala kelemahan di muka anda akan tetapi once make up dicuci, mau terkejut suami anda melihat wajah anda. Nak ke?


Kecantikkan semulajadi adalah lebih baik. Terdapat pelbagai lambakan produk kecantikkan di pasaran dari yang murah hingga yang mahal sudah semestinya kita mahukan yang terbaik, berkualiti dan berbaloi dengan wang yang dilaburkan, Shaklee merupakan vitamin semulajadi, diiktiraf halal dan lebih selamat berbanding dengan produk yang hari ni makan, esok muka dah putih, nak cantik punya pasal sanggup menganiayakan diri  sendiri dengan produk yang tidak terjamin keselamatannya.


Vitamin Untuk Naikkan Seri Pengantin ini berbaloi dengan wang anda. Semakin dekat hari bahagia anda jagalah pemakanan, banyakkan minum air masak, makan vitamin dengan konsisten dan yang paling penting berdoalah kepada Allah agar segala urusan dipermudahkan. Saya mendoakan anda semua berbahagia dengan pasangan masing-masing.


Selamat Pengantin Baru, terimalah kek pengantin dari saya




Nak order Vitamin Untuk Seri Pengantin, sila klik Vitamin Untuk Seri Pengantin


Link yang berkaitan 

Tips persiapan majlis perkahwinan

 
Promosi Collagen Powder Shaklee Beli 6 Percuma 1, Mealshakes Beli 3 Percuma 1 Berlangsung Sepanjang September 2014. Keahlian Shaklee Percuma, Hubungi saya dengan segera.



Labels: