Posisi Tidur Semasa Hamil

Vitamin Ibu Mengandung dan posisi tidur semasa hamil



Ketidakselesaan semasa tidur akan timbul ialah semasa perut dah besar, terutamanya masuk trimester ke 2. pengalaman mengandung 3 kali sudah dialami, pada saya ia mengajar kita supaya tidak tidur terlalu nyenyak selepas bayi dilahirkan. Nak jadi ibu kan... kena la rajin :).


Seperti kita sedia maklum apabila kita mengandung , tubuh kita akan melalui pelbagai jenis perubahan dan perubahan ini sedikit sebanyak mengganggu tidur yang lena. Posisi tidur paling baik semasa hamil ialah mengiring ke sebelah kiri bagi mengelakkan diri menghimpit hati iaitu organ besar yang terletak dibahagian atas kanan perut. Posisi ini turut membantu anda meningkatkan aliran darah dan zat makanan untuk disalurkan ke plasenta dan bayi.


Selain itu dengan tidur posisi mengiring ke kiri dapat mengurangkan masalah bengkak di kaki, buku lali dan tangan ini adalah kerana buah pinggang dapat berfungsi dengan efisien dalam menyingkirkan bahan kumuhan dan cecair daripada tubuh.


Masalah sakit belakang juga boleh mengganggu tidur yang lena, apakata anda kekalkan dengan mengiring ke kiri dan cuba letakkan bantal dibahagian bawah abdomen. Kadangkala diwaktu malam anda akan mengalami masalah pedih ulu hati atau kadangkala mudah sesak nafas, mungkin anda boleh mengiring atau topang dengan bantal.


Bagi ibu yang suka tidur telentang elakkan posisi ini sepanjang usia kehamilan terutamanya di akhir-akhir usia kehamilan. Posisi ini perlu dijauhkan kerana apabila anda berbuat demikianm berat rahim menekan tulang belakang, otot belakang, usus dan kebanyakan salur darah. Kesannya ialah menyebabkan sakit otot, hemorrhoid ini menyebabkan anda tidak selesa dan juga mengurangkan aliran darah dan oksigen kepada bayi.


Selain itu tidur secara menelentang juga boleh menyebabkan tekanan darah menurun seterusnya menjadikan anda pening. Dalam kes tertentu ia boleh menyebabkan tekanan darah naik. Mungkin ini saranan ini tidak cukup membantu anda benar-benar selesa dalam posisi yang dicadangkan. Sebaiknya jangan tidur telentang atau meniarap...meniarap? Err tak mungkin kut.


Antara faktor lain anda mengalami masalah tidur sewaktu hamil ialah peningkatan saiz fetus yang membuatkan anda sukar mendapatkan posisi tidur yang selesa.


Simptom fizikal yang mungkin mengganggu tidur anda ialah


1. Kekerapan membuang air kecil

Buah pinggang bekerja keras untuk menapis isi padu darah yang bertambah dan menyebabkan air kencing menjadi lebih banyak. Selain itu saiz bayi dan rahim menekan pundi kencing dan ini menyebabkan anda kerap ke bilik air terutamanya waktu malam kerana kebiasaannya bayi aktif diwaktu malam.


2. Peningkatan kadar denyutan jantung.


Untuk makluman anda ketika hamil jantung berdenyut lebih laju ketana mengepam lebih darah. Memandangkan bekalan darah disalurkan ke rahim, jadi jantung perlu bekerja lebih keras untuk memberi darah mencukupi ke seluruh bahagian tubuh.


3. Sukar bernafas

Pada mulanya, kesukaran bernafas berpunca daripada hormon kehamilan yang akan menyebabkan anda menarik nafas lebih dalam. Ini menyebabkan anda berusaha keras untuk mendapatkan udara. Seterusnya pernafasan menjadi lebih sukar kerana pembesaran saiz rahim yang mengambil lebih banyak ruang menyebabkan tekanan kepada diaphragm (otot dibahagian bawah paru-paru).


4. Kaji kejang dan sakit belakang

Kesakitan dibahagian kaki dan belakang badan disebabkan oleh berat badan berlebihan yang anda sedang alami. Sewaktu hamil tubuh menghasilkan hormon dikenali sebagai relaxin yang membantu anda menyiapkan tubuh untuk proses kelahiran. Salah satu kesan relaxin daripada relaxin ialah melonggarkan ligamen tubuh menjadikan anda kurang stabil dan cenderung mengalami kecederaan  terutamanya dibahagian belakang badan.


5. Pedih ulu hati dan sembelit


Apabila kandungan dalam perut refluks ke esofagus, anda mungkin mengalami masalah pedih uluhati. Sepanjang kehamilan keseluruhan sistem pencernaan menjadi lemah dan makanan akan tinggal di dalam perut dan usus untuk tempoh yang lebih lama sehingga menyebabkan anda mengalami masalah pedih ulu hati dan sembelit. Dan apabila usia kehamilan bertambah masalah ini akan menjadi lebih buruk.


6. Kebanyakkan wanita hamil akan mengalami mimpi ngeri, ini adalah disebabkan oleh tekanan. Mungkin anda bimbang kesihatan bayi, risau tentang keupayaan diri dan mungkin juga memikirkan masalah kewangan. Sebaiknya ibu yang hamil perlu sentiasa melakukan amalan rohani sepanjang kehamilan anda. Ini mungkin dapat mengurangkan kebimbingan anda.


Jagalah kesihatan dan pemakanan anda sepanjang anda hamil, ia sedikit sebanyak membantu agar anda tidur lebih lena sepanjang kehamilan. Untuk ibu yang hamil saya cadangkan pengambilan Set Vitamin Ibu Mengandung Shaklee dengan harga yang berpatutan, ia juga membantu anda dan bayi mendapat nutrien yang cukup.


Sila klik Set Vitamin Ibu Hamil Shaklee, untuk tempahan anda boleh hubungi saya.


Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp : 010-2995619










Labels: