Tingkatkan Sistem Imun Semasa Musim Perayaan

27 Julai 2014



Sumber Google



Biasanya semasa musim perayaan, kalau boleh nak makan semua  yang terhidang di atas meja walhal perut dah bagi signal suruh berhenti, bahkan Nabi pun menggalakkan umatnya hanya makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.


Entri kali ini bersempena Hari Raya saya akan kongsikan beberapa Tip Tingkatkan Sistem Imun.


Makan Dengan Betul

Maksud makan dengan betul ialah Jangan Makan Secara Berlebihan, selain dari menyebabkan kegemukan ia juga membahayakan sistem ketahanan badan. Tahukah anda bahawa Obesiti menghalang sistem ketahanan badan dari berfungsi dengan baik. Justeru itu ia akan mengurangkan daya ketahanan badan terhadap jangkitan.


Jenis Makanan Yang Dipilih juga penting. Terdapat beberapa jenis nutrien dan makanan yang boleh mempertingkatkan sistem ketahanan badan seperti

Makanan yang kaya dengan Vitamin C seperti buah-buahan citrus contohnya epal, orange dan brokoli.

Makanan yang kaya dengan Vitamin E seperti kekacang dan bijirin.

Bawang Putih 

Makanan yang kaya dengan Zink seperti kekacang, ayam Belanda, ketam, tiram dan daging lembu.

Makanan yang mengandungi bioflavanoid seperti yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.

Makanan yang kaya dengan karotena seperti lobak dan keladi.


Bersenam






Ya ramai yang mengeluh jika disuruh bersenam, dengan alasan tak sempat, tiada masa. Tahukah anda senaman yang kerap dan konsisten boleh mengurangkan pengambilan cuti sakit anda. Sekurang-kurangnya dengan senaman yang ringan mampu memberikan keputusan yang lebih baik berbanding tidak bersenam langsung.


Dapatkan Tidur Yang Secukupnya




Tidur yang cukup dapat merangsang dan menguatkan sistem ketahanan manakala kekurangan tidur mempunyai kesan yang sebaliknya, Kesan buruk terhadap fungsi ketahanan badan yang ketara dapat dilihat selepas beberapa hari kita kurang tidur.

Orang dewasa secara umumnya memerlukan 7 - 8 jam masa tidur, Untuk memastikan anda mendapat tidur yang berkualiti elakkan daripada minuman berkafein seperti kopi dan teh.


Menguruskan Tekanan


Hormon-hormon yang dilepaskan semasa tekanan kronik boleh meningkatkan risiko obesiti, penyakit jantung, kanser dan pelbagai jenis penyakit lain, Hormon tekanan ini boleh berfungsi dalam dua cara, samada menghapuskan sel darah putih yang melawan penyakit anda atau menghidupkan sistem keimunan hiperaktif yang boleh meningkatkan risiko menghidapi penyakit auto imun (SLE). 

Oleh itu luangkanlah masa untuk melepaskan stress beberapa kali seminggu seperti bersenam, mengujungi spa, pergi bercuti dan sebaik-baiknya sebagai orang Islam kita bersolat, membaca Al Quran dan sentiasa berzikir mengingati Allah, itulah sebaik-baik terapi untuk orang Islam


Shaklee juga menawarkan Vitamin untuk meningkatkan sistem imun anda dan keluarga iaitu Nutriferon. Nutriferon sering mendapat permintaan yang tinggi semasa musim perayaan.

Labels: