Vitamin Shaklee Untuk Ibu Menyusu Dan Akibatnya


Vitamin Ibu Menyusu Shaklee



Sepanjang tempoh kehamilan kebiasaanya doktor akan membekalkan vitamin untuk ibu hamil atau kita akan mengambil set Vitamin Ibu Mengandung Shaklee yang mengandungi folik asid, multivitamin dan kalsium setiap hari, bagi memastikan tahap kesihatan diri dan bayi dalam kandungan  berada dalam keadaan memuaskan. Semasa berpantang pula akan makan Set Berpantang Shaklee atau mengambil jamu. Bagaimana pula sepanjang tempoh anda menyusukan bayi anda, adakah anda masih perlu mengambil vitamin dan mineral?


Sebaiknya sebagai ibu yang menyusukan bayi, anda perlu mengambil vitamin dan mineral, ini kerana anda masih memerlukan vitamin dan mineral tambahan dalam usaha menjayakan penyusuan eksklusif. Faktanya, bayi anda tetap akan menerima menerusi susu ibu biarpun tubuh anda kekurangan vitamin atau mineral tertentu.


Amalan pemakanan yang sihat dan seimbang yang digabungkan bersama suplemen perlu anda titikberatkan demi menjaga kesihatan diri dan bayi untuk satu jangkamasa yang lama. Pada anggapan umum pengambilan vitamin sepanjang menyusukan bayi adalah untuk menambah susu ibu, sebenarnya susu yang penuh nutrisi adalah susu ibu yang mengandungi kesemua khasiat pada tahap optimum dan ia hanya boleh diperolehi daripada tubuh yang sihat.


Pengambilan suplemen semasa hamil ialah untuk menyokong perkembangan bayi, kenapa perlu abaikan pengambilan suplemen semasa anda masih menyusukan bayi sedangkan ianya juga penting untuk membesarkan anak anda. Ya betul apabila kita sudah melahirkan anak dengan perubahan rutin harian yang semakin sibuk , kita terlupa untuk mengambil makanan yang seimbang dan makan vitamin dengan konsisten. Sedangkan ianya penting untuk kesihatan ibu dan bayi.


Untuk makluman anda perlu makan antara 5 - 9 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran serta 2 - 3 hidangan protein seperti daging tidak berlemak dan kekacang, anda juga memerlukan 6 - 7 hidangan karbohidrat seperti nasi, bijirin dan pasta dan perlu minum air masak atau kosong 8 gelas sehari.


Proses penyusuan bayi memerlukan keperluan nutrien yang banyak, ibu yang menyusu perlu mengambil suplemen tambahan untuk melengkapkan zat makanan yang diperlukan. Antaranya ialah Omega 3 yang ternyata sangat penting untuk perkembangan otak bayi, Kalsium juga diperlukan untuk tulang dan gigi yang kuat, selain itu anda juga perlukan zat besi, Zinc dan Magnesium. Vitamin Shaklee adalah selamat diambil oleh ibu yang menyusu.


Sebagai ibu yang menyusu anda perlu makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran segar disamping pelbagai vitamin dan mineral yang terkandung di dalam jenis makanan yang lain.


Set Ibu Menyusu Shaklee mengandungi


Vitamin Shaklee Untuk Ibu Menyusu


Akibat Anda Mengambil Vitamin Ibu Menyusu Shaklee


B Complex

Peranan B Complex ialah menukarkan makanan yang kita ambil menjadi tenaga, meningkatkan pembentukkan sel darah merah, ia juga membantu meningkatkan tenaga, mengurangkan kelesuan dan stres. B Complex juga bertindak sebagai penenang dan meningkatkan fokus dan istimewanya ia juga bertindak menjaga kulit dari dalam dan dikenali juga sebagai vitamin kecantikan.


Sustained Release Vitamin C

Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan atau imun sistem dan juga berperanan sebagai membentuk kolagen, juga sebagai anti oksida dan memelihara kulit agar menjadi cantik. Membantu pembentukkan sel-sel yang baru, mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam.


Vitalea (Multivitamin)

Mengandungi vitamin dan galian yang diperlukan oleh tubuh manusia. Dilengkapi dengan formula zat besi. Vitalea mengandungi 23 jenis vitamin mineral yang lengkap untuk keperluan harian. Membekalkan tubuh ibu dengan nutrien agar ibu menjadi sentiasa cergas, sihat dan bertenaga. Vitalea dilengkapi dengan zat besi yang sangat diperlukan oleh ibu yang menyusukan anak.


Alfalfa Complex

Alfalfa merupakan raja segala tumbuhan. membantu meningkatkan sistem imunisasi dan membuatkan sistem badan berjalan dengan lancar. Bertindak sebagai milkbooster dan membantu mempercepatkan penghasilan susu. Juga membantu mengatasi masalah keputihan.


Ostematrix (Kalsium)

40 peratus daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusukan bayi disrarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.


ESP Shaklee

ESP atau Energizing Soy Protein merupakan protein berkualiti tinggi yang berasaskan tumbuhan yang lengkap, ESP bukan GMO (organisma tidak diubah suai secara genetik), rendah lemak secara semulajadi, bebas kolesterol, protein yang lengkap dengan kesemua sembilan asid amino perlu. 











Testimoni Setelah Mengambil Set Menyusu Shaklee


Assalaamualaikum.. Saya nak share testimoni saya pasal shaklee. Saya ambil Vitamin C, Vitalea, B-Complex, Ostematrix dan ESP. Eventhough tak sampai sebulan saya makan, banyak perubahan yang saya rasa. Firstly, saya breastfeed baby yang baru nak masuk 4 bulan. Susu badan saya Alhamdulillah tak ada masalah, tapi bila ambil Shaklee, lagi bertambah2 susu. Susu cepat penuh and berat. I work from home, so memang bagi direct, tapi ada masa sampai nak kena pam. Sebelum ambil Shaklee takda pulak macam tu. Secondly, saya ada masalah sakit pinggang yang teruk, sebab pernah jatuh tangga dulu. Ikutkan, bila duduk, and nak bangun, tak boleh laju2, kena slow2 and sampai terbongkok2 nak betul kan pinggang. Tapi sekarang, Alhamdulillah, tak sakit macam dulu. Bangun laju je. Lepas kemas rumah, mop, masak, tak sakit dah macam dulu. Sikit2 je tinggal. Orang kata makan masa kan. Thirdly, disebabkan saya banyak alahan, contoh: ikan besar, kentang, tepung gandum, telur, seafood, and kacang, baby saya pon kena tempiasnya. Kulit dia jadi kering and ade berkuping skit. Bila saya stop makan benda2 tu semua, badan saya pula yg takde khasiat. Now, saya makan sikit2, and Alhamdulillah kulit baby dah beransur OK! Takda dah nak sapu cream apa2. Syukur sangat2 dengan perubahan ni. And i will continue with Shaklee... hopefully forever. InsyaAllah.



Konsep supply and demand sangat penting semasa menyusukan bayi. Secara keseluruhannya semasa anda menyusukan bayi, makan makanan yang seimbang dan mengambil Vitamin Shaklee Untuk Ibu Menyusu dan akibatnya ialah anda sentiasa dalam keadaan mood yang baik, sihat, cergas dan bertenaga selalu.






Labels: ,