Makanan Terbaik Untuk Jantung Kita


Ada banyak pilihan samada kita nak menjaga jantung kita atau membiarkan sahaja jantung kita bekerja dengan keras. Antara perkara yang mudah dilakukan adalah mengubah suai pemakanan seharian bagi mengurangkan risiko diserang penyakit jantung. Ada beberapa jenis makanan yang bermanfaat untuk kesihatan jantung. Makanan terbaik untuk jantung kita ialah


Ikan



Antara pilihan yang baik salmon. Ikan adalah sumber asid lemak Omega-3 yang baik ia melindungi jantung dengan mengurangkan radang dan risiko pembekuan darah. Lemak ini juga membantu untuk mengekalkan paras kolesterol pada kadar yang menyihatkan. Selain salmon, pilihan lain termasuk ikan laut yang berminyak seperti ikan tuna, sardin atau hering dengan pengambilan sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Untuk lebih sihat, panggang salmon dan makan dengan sayur.


Oat




Bijirin oat mengandungi serat larut dipanggil beta glucan yang membantu mengurangkan paras keseluruhan kolesterol termasuk kolesterol termasuk kolesterol LDL. Serat yang boleh larut juga membantu sistem penghadaman kekal sihat. Jika sukar menikmati bijirin oat begitu sahaja, campuran oat bersama susu rendah lemak atau susu soya kemudian campurkannya dengan hirisan buah-buahan segar.


Epal


Epal mengandungi sejenis bahan iaitu quercetin yang bertindak sebagai anti radang dan membantu mencegah pembekuan darah. Ia juga mengandung vitamin dan serat. malah bertambah sedap apabila dijadikan snek ringan. Anda juga boleh menambah hirisan epal dalam masakan. Epal membantu untuk mengurangkan sehingga 50 peratus risiko penyakit jantung jika pengambilannya dilakukan secara berterusan misalnya, dua biji epal atau 12aun jus epal sehari.

Untuk pemilihan buah epal, perlu lebih berhati-hati disebabkan pencemaran buah epal baru-baru semasa entri ini ditulis, anda boleh google berkenaan kes ini.


Soya



Protein soya adalah sumber yang baik untuk menggantikan daging merah apatah lagi ia terbukti dapat membantu mencegah penyakit jantung.


Bijirin Penuh


Bijirin penuh mempunyai banyak vitamin dan serat yang membuatkan jantung kekal sihat. Jika anda penggemar roti, pilihlah roti yang dihasilkan daripada bijirin penuh.


Tomato


Tomato baik untuk kesihatan jantung kerana ia kaya dengan vitamindan lycopene yang terbukti membantu untuk mengurangkan risiko penyakit jantung. Rasanya yang masam-masam manis boleh ditambah pada sandwich dan mungkin anda boleh tambahkan sos tomato dalam masakan anda.


Sayuran Berdaun Hijau




Sayuran berdaun hijau bukan sahaja mengandungi Vitamin E, malah ia turut dikaitkan dengan keupayaan daya ingatan apabila kita meningkat tua. Sayuran berdaun hijau yang paling mudah ulam-ulaman.


Minyak Zaitun

Minyak zaitun yang mengandungi kandungan lemak tidak tepu sehingga 77 peratus membantu untuk mengurangkan risiko penyakit jantung dengan menurunkan paras kolesterol LDL.


Badam

Badam dan jenis kacang lain mengandungi minyak menyihatkan, Vitamin E dan bahan lain yang membantu mngekalkan paras kolesterol, ia juga sumber yang baik untuk protein dan serat.


Tips Diet Untuk Jantung Yang Sihat


* Elakkan makanan bergoreng dan makanan yang diproses sepenuhnya seperti daging-daging deli

* Cari makanan rendah lemak dan kolesterol

* Ambil enam ke tujuh hidangan harian sayur-sayuran

* Makan hidangan segar yang dibuat sendiri berbanding dengan makanan yang diproses.

* Tambah anti oksidan dalam diet makanan harian anda seperti memakan buah-buahan sitrus, beri biru dan rempah ratus seperti kunyit.

* Hadkan pengambilan daging merah  hanya kepada dua ke tiga hidangan sahaja dalam seminggu.

* Banyakkan makan ayam segar dan ikan seperti ikan salmon, kod, mackerel dan sardin yang membekalkan asid lemak Omega 3 yang sihat untuk jantung.


Dan bagi anda yang mencari vitamin untuk kesihatan jantung sila klik CoQ Health, Omega Guard dan Phytocol ST.


Berminat untuk order vitamin Shaklee sila hubungi


Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram : 010-2995619



Labels: , ,