MAKANAN YANG BOLEH CEGAH JERAWAT






Gambar ihsan Google




Jerawat oh jerawat , tak syokkan bila tengok muka dicermin ada tanda-tanda jerawat nak tumbuh, tangan tu mesti nak picit picit jerawat tu kan :) Anak bujang saya sendiri mengalami masalah jerawat semenjak dia masuk peringkat remaja, tiap-tiap hari tanya makin ok tak muka dia, semakin berkurangan ke jerawat dia, dia seorang yang aktif dengan sukan. Mommynya lah yang kena jaga kebersihan dia, jaga makan minum dia dan juga jadual pengambilan vitamin. Jangan ingat anak-anak remaja sahaja yang mengalami masalah jerawat, orang dewasa pun ada mengalami masalah jerawat, jerawat pemanis muka katanya, ya ke?


Jerawat terjadi bila kalenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum dikulit terutamanya dimuka, dada dan belakang badan. Sampai ada yang cakap muka dia berminyak dan banyaknya sampai boleh buat minyak masak haha...err tak tergamak kut nak buat minyak masak.


Liang minyak yang tersumbat akan menjadi bintik putih atau biasanya kita panggil white head jika
terjadi di bawah kulit atau bintik hitam jika dilapisan kulit luar atau black head. Kulit akan menjadi kemerahan jika radang terbentuk disekeliling liang tersebut.


Lebih besar kawasan radang, nanah lebih mudah terbentuk dan akan meninggalkan parut jerawat jika tiada rawatan dibuat dan untuk menghilangkan parut jerawat lebih sukar dari merawat jerawat. Jika jerawat penuh dimuka akan mengurangkan rasa keyakinan diri.




Antara makanan  yang boleh Mencegah Jerawat ialah 


Kacang


Kacang kaya dengan selenium, vitamin E. tembaga, magnesium, mangan, kalium, kalsium dan zat besi yang sangat penting untuk kesihatan kulit


Ikan

Menjadi sumber paling baik kerana kandungan asid lemak Omega 3 boleh mengurangkan kerandangan  pada tubuh yang boleh mencetuskan jerawat . Ikan seperti salmon, tenggiri dan sardin sangat disyorkan.


Anggur Merah


Buah terutama anggur merah sangat baik untuk kesihatan kulit, bahkan bijinya juga disyorkan untuk dimakan kerana mengandungi bahan kimia semulajadi yang berkhasiat dan juga antioksidan yang dapat meremajakan kulit selain mengawal alahan pada kulit.


Bawang putih 


Termasuk dalam golongan makanan super, salah satu manfaatnya adalah membantu mengatasi keradangan disebabkan oleh kandungan Alicin yang dapat membunuh pelbagai bakteria dan virus.



Brocoli 

Sayur-sayuran berwarna hijau ini juga mempunyai manfaat yang tidak kurang hebatnya. Mengandungi Vitamin A, B complex, C, E dan K serta antioksida, brokoli bermanfaat untuk membersihkan kulit.


Untuk maklumat lanjut bagaimana untuk menjaga wajah dan mengelakkan jerawat boleh baca di sini dan di sini


Shaklee juga ada menawarkan vitamin yang membantu mengatasi masalah jerawat, produk yang halal, mesra alam sentiasa menjadi pilihan masa kini.



Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit.


Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee untuk kecantikkan kulit boleh hubungi saya, jangan malu-malu ya :)











Labels: ,