HargaSetBersalinShaklee - Kehamilan Part 5


Minggu 29 - 32


Bayi Anda


Tahukah anda di saat dan ketika ini bayi anda sedang membina lemak badan dan semakin berisi. Pada minggu ke 12 dan seterusnya beratnya mungkin bertambah dua kali ganda sehinggakan ada kalanya peningkatan berat badan sebanyak 28gm setiap hari.

Kulitnya yang berkedut akan mula menegang dan verniks dan lanugo akan mula hilang. Pada minggu ke 32, kebanyakkan bayi telah berpusing ke arah bawah, dengan kepalanya menghala ke bawah bagi menyediakan dirinya untuk kelahiran.

Pergerakan bayi kini boleh dilihat dan juga dirasai dan anda mungkin kadangkala ternampak anggota badan atau kakinya yang bergerak.




bayi anda berusia 32 minggu


Anda


Semakin  bayi anda membesar, ruang dalam rahim semakin mengecil untuknya bergerak bebas. Anda mungkin rasa tidak selesa di sekitar tulang dada anda terutamanya jika bayi anda belum berpusing dengan kepalanya menghala ke bawah.

Anda mungkin merasa amat letih sekali lagi dan sukar untuk melakukan apa-apa kerja yang memerlukan tenaga. Di saat-saat ini lah bantuan dari suami amat diperlukan bukan sahaja sokongan mental malahan kerja-kerja rumah di rumah juga memerlukan bantuan suami. Berehat, jaga pemakanan amat penting pada waktu begini.


Pengecutan Braxton Hicks menjadi lebih kuat dan kerap. Jika pengecutan itu terlalu kerap, rasanya sepertis akit mencucuk atau kekejangan. Biasanya ini merupakan isyarat bagi anda untuk lebih banyak berehat dan mengurangkan aktiviti.


Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang apa yang berlaku semasa awal kehamilan boleh rujuk di entri berikut


HargaSetBersalinShaklee - Kehamilan Part 1

HargaSetBersalinShaklee - Kehamilan Part 2

HargaSetBersalinShaklee - Kehamilan Part 3

HargaSetBersalinShaklee - Kehamilan Part 4




Labels: ,