Anda Ibu Yang Mengandung Dan Berkerjaya? Apa Yang Boleh Dan Tidak Boleh


 Vitamin Ibu Mengandung Berkerjaya



Anda Ibu Yang Mengandung dan dalam masa yang sama bekerja, saya sendiri pernah mengalami situasi ini semasa mengandung anak yang pertama dan anak yang kedua. Dan sangat memahami perasaan ibu yang mengandung, bekerja dan menghadapi pelbagai cabaran ditempat kerja serta dalam masa yang sama perlu menjaga diri, kehamilan dan meningkatkan prestasi kerja.


Saya akan kongsi dalam entri kali ini beberapa panduan yang boleh membantu anda dalam menghadapi situasi ini setiap hari sepanjang tempoh kehamilan.


Apa Yang Boleh Dilakukan Oleh Ibu Mengandung dan Bekerja



Makan Biskut Ranggup

Situasi mual dan loya diawal kehamilan boleh berlaku bila-bila masa diwaktu anda sedang bekerja. Err takkan setiap kali mabuk diawal kehamilan ambil cuti sakit, ramai yang menjeling-jeling dan bos pun keluarkan arahan baru, mesti tak nak situasi ni berlaku kan.


Sebaiknya di pejabat sentiasa sediakan biskut ranggup apabila tekak terasa loya. Minum air masak atau air kosong sepanjang hari. Amalan ini terbukti dapat membantu anda mengatasi "morning sickness" yang dialami.


Lebihkan Protein Dan Zat Besi


Situasi yang normal semasa hari bekerja kita akan merasa mudah lesu. Ini berpunca daripada tugasan harian di pejabat yang mendorong tenaga "diserap"selain tubuh terpaksa bekerja lebih kuat berbanding biasa.


Bagi mengatasinya, anda perlu mengambil lebih banyak makanan yang mengandungi protein dan zat besi agar mampu mengekalkan tenaga berterusan. Jika anda mengalami simptom berikut

Sentiasa letih dan lesu
Pening kepala atau pitam
Penurunan berat badan
Kadar denyutan jantung yang cepat
lemah daya ingatan


Anda mungkin mengalami masalah HB Low, boleh baca dengan klik HB Low.


Banyakkan Pergerakan

Ketidakselesaan akan meningkat seiring dengan pertambahan usia kandungan. Kadang kala tekanan kerja secara tidak sedar menimbulkan rasa tidak selesa.


Oleh yang demikian, banyakkan bergerak. Langkah ini bagus untuk mengelak takungan air dibahagian kaki dan betis yang mana ia salah satu kepada punca ketidakselesaan yang dihadapi.


Makan Vitamin Pranatal


Apabila terlalu sibuk bekerja, anda pasti terlepas pandang dalam usaha memenuhi keperluan makan dengan sempurna. Jangan pandang sebelah mata vitamin untuk ibu mengandung. Makanan yang kita makan sekarang tidak sama dengan makanan zaman ibu atau nenek kita dahulu.


Keperluan vitamin ialah melengkapkan hidangan makan harian kita. Cadangan vitamin bagi Ibu Mengandung ialah

Vitalea

Multivitamin yang sangat lengkap dengan zat besi. Penting untuk pembinaan sel darah supaya ibu tidak pitam dan anak membesar dengan sihat


B Complex

Lengkap dengan biotin dan folik asid yang sangat perlu untuk pembentukkan sel darah merah yang sihat juga mengawal tekanan perasaan.


Vitamin C

Untuk peningkatan sistem imun tubuh.


Ostematrix

Ianya adalah kalsium, magnesium dan lengkap dengan Vitamin D, mengurangkan risiko batu karang dan sembelit untuk ibu yang mengandung dan berpantang.


Energizing Soy Protein (ESP)

Protein adalah binaan asas kepada sel. Seluruh tubuh kita terbentuk dari protein. Memang benar protein boleh didapati dari ayam, daging, telur dan sumber kekacang namun sangat sukar kita nak pastikan kita boleh mendapat 9 essential asid amino yang sangat penting tetapi tidak boleh dibuat oleh badan.


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kebaikan Vitamin Ibu Mengandung Shaklee, anda boleh klik Vitamin Ibu Mengandung


Lindungi Daripada Matahari

Losyen pelindung matahari sangat diperlukan bagi melindungi kulit anda daripada terus terdedah kepada penahan cahaya UV ketika bekerja di luar kawasan pejabat. Ia bagus terutamanya bagi anda yang mengalami  melasma (topeng kehamilan) kerana dapat  mengelakkannya daripada menjadi lebih teruk. Pastikan losyen tersebut kurang dari kandungan kimia dan semulajadi.


Makan Dengan Sempurna

Sebaiknya makanlah pada waktu yang tetap dan makan makanan yang berkhasiat. Jangan layan nafsu untuk minum minuman segera dan biskut semata-mata. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam hidangan makanan harian anda.


Minum Banyak Air


Sediakan 1- 2 botol air sekurang-kurangnya 2 liter sehari di atas meja pejabat dan di rumah untuk anda minum. Kurangkan minuman manis. Anda juga boleh minum susu rendah lemak bagi memenuhi keperluan kalsium dan jus buah-buahan  segar yang sudah semestinya mengandungi serat.


Berehat Seketika

Manfaatkan sebaiknya waktu rehat tengahari untuk tidur sebentar (nap) untuk recas tenaga. Buat senaman ringkas seperti regangan tapi jangan terlebih sangat dikhuatiri krem plak nanti hehe. Kekerapan senaman ringkas menjadikan anda lebih segar, lebih bertenaga untuk menyelesaikan tuntutan tugas di pejabat.


Apa Yang Tidak Boleh Dilakukan Oleh Ibu Yang Mengandung Dan Berkerja


Pendam Perasaan


Dalam situasi seharian bekerja pasti ada yang menyebabkan ketegangan, tenangkan diri dan cuba kawal apa sahaja tekanan yang dihadapi. Wujudkan suasana kerja yang positif, bagi orang Islam digalakkan sentiasa berzikir, dengarkan alunan bacaan Al Quran, muzik yang menenangkan (dalam nada yang perlahan)

Atau tempatkan pokok-pokok segar ditempat kerja. Jika masih tidak mampu membendungnya carilah rakan yang boleh dipercayai untuk anda meluahkan perasaan agar anda lebih tenang dan tidak mengganggu proses pembesaran bayi dalam kandungan.


Duduk Lama Dihadapan Komputer

Bekerja dan mengadap komputer merupakan rutin yang perlu kita hadapi hampir setiap hari dan ia tidak  memudaratkan kandungan, Akan tetapi anda mungkin mengalami masalah kebas atau sakit jari (sindrom carpal tunnell) akibat terlalu lama bekerja menggunakan komputer.


Sebelum memulakan rutin harian bekerja pastikan susunan meja dan kerusi adalah selesa untuk kegunaan anda sepanjang hari bekerja.


Kasut Tumit Tinggi


Bagi ibu mengandung pemakaian kasut tumit tinggi tidak digalakkan kerana ia akan mempengaruhi keselesaan. Anda perlu mementingkan keselamatan diri anda dan bayi dalam kandungan. Ala sekejap je pun untuk tidak bergaya dengan kasut tumit tinggi, sebaiknya sarunglah kasut yang selesa agar tidak mudah sakit belakang mahupun kekejangan.


Perjalanan Jauh

Jarak antara rumah dan tempat kerja serta jenis pengankutan yang digunakan turut perlu diberi perhatian. Bagi yang menaiki motosikal dengan suami, bagi tahu suami sebelum memulakan perjalanan supaya bawa tidak terlalu laju atau corner baring cecah lutut.

Perjalanan yang jauh di awal trimester kehamilan boleh menjadi punca keguguran. Usahakan untuk menaiki kenderaan yang tidak terlalu banyak bergetar.


Sentuh Kimia

Sekiranya ada di kalangan anda yang bekerja dalam bidang yang melibatkan penggunaan bahan kimia, adalah dinasihatkan untuk mengurangkan sentuhan langsung dengan bahan-bahan kimia tersebut.


Angkat Berat


Posisi terbaik untuk mengangkat sesuatu barang dari paras lantai ialah dengan mencangkung. Atau ingin mengambil barang dari tempat yang tinggi gunakan bangku yang kukuh. Sebaiknya minta bantuan sesiapa untuk melakukan kerja-kerja tersebut.


Jagalah kesihatan fizikal dan mental sepanjang mengandung, ia merupakan pengalaman yang indah sebagai seorang wanita. Ketidakselesaan ini akan hilang sebaik sahaja anda melihat wajah bayi yang anda kandung selama 9 bulan lebih.


Bagi mereka yang mengalami masalah kesuburan, anda boleh mengambil Set Kesuburan Shaklee.


Promosi GLA Shaklee beli 6 percuma 1 masih berlangsung. Inginkan keahlian percuma? Hubungi saya dengan segera.




Untuk membeli Vitamin Shaklee dan mendapat konsultasi percuma, hubungi

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp : 010-2995619




Labels: