Vitamin Untuk Otak Bayi Dalam Kandungan / Teknik Rangsangan Bayi





Ibu yang gembira melahirkan anak yang ceria, fakta ini mungkin tidak sahih akan tetapi dengan pengalaman sendiri ada perbezaan emosi anak pertama dan anak kedua, sebagai ibu yang pernah mengandungkan mereka saya pasti keadaan emosi saya bagaimana pada waktu itu. Pentingnya seorang ibu mengendalikan emosi semasa mengandung dan menjaga pemakanan kerana ia mungkin berkait dengan emosi bayi yang kita kandung.


Bayi di dalam kandungan memerlukan makanan atau zat yang penting sepanjang mereka membesar di dalam kandungan. Makanan atau zat ini juga memainkan peranan kepada otak mereka. Saya akan kongsikan dengan pembaca sekelian antara zat yang penting untuk otak bayi anda atau Vitamin Untuk Otak Bayi dalam kandungan.


Zat Terpenting Yang Sangat Diperlukan Semasa Hamil


# 1 - Asid Folik


Asid Folik atau juga dikenali sebagai makanan otak, diperlukan untuk pengeluaran tenaga dan pembentukan sel darah merah. Ia juga dapat menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih.

Oleh kerana ia berfungsi sebagai ko enzim dalam sintesis DNA dan RNA, ia penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat.

Zat ini juga boleh membantu dalam depresi dan kegelisahan terutama ibu mengandung yang sering tertekan dengan pelbagai masalah sepanjang mengandung.


Asid Folik sangat penting semasa anda hamil, ia membantu mengatur pembentukan sel saraf embrio dan janin yang amat penting untuk tumbesaran yang normal. Asid Folik sangat berksan apabila digabungkan dengan vitamin B12 dan Vitamin C.

Pengambilan sebanyak 600mg sehari amat digalakkan  untuk ibu hamil.

Antara sumber makanan yang mengandungi Asid Folik ialah barli, daging lembu, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum dan bijirin.


# 2 - Asid Lemak Omega 3


Omega diketahui merangsang otak. Omega 3 dan DHA sangat diperlukan dalam pembentukan sistem saraf pusat janin.

Kajian menunjukkan bahawa gangliosida berpengaruh pada struktur otak terutama fungsi belajar dan mengingat. Bayi yang menjalani ujian perkembangan mentak mendapat skor yang tinggi apabila ibunya makan telur yang mengandung banyak Omega 3 semasa hamil.


Sumber makanan yang mengandungi minyak omega 3 ialah ikan, minyak ikan, bijirin dan telur Omega 3 serta susu yang diperkaya Omega 3.


# 3 - Protein

Ketika anda hamil, badan ibu bekerja keras untuk membentuk sel-sel otak bayi jadi ia memerlukan tambahan protein. Ibu yang  hamil memerlukan protein lebih banyak sewaktu hamil berbanding waktu lain. Protein penting untuk pertumbuhan jaringan pada janin. 


Ibu hamil memerlukan sekitar 75gm protein iaitu lebih 25gm berbanding biasa.


Sumber makanan yang mengandung protein ialah sumber haiwan seperti daging, ayam, ikan, telur dan produk tenusu. Manakala sumber protein yang lain ialah kekacang, soya dan produk soya, biji-bijian dan sayuran hijau.


# 4 - Zat Besi


Zat besi memainkan peranan penting dalam pengangkutan oksigen daripada paru-paru ke tisu. Zat besi bergabung dengan oksigen di dalam paru-paru dan melepaskan oksigen dalam tisu-tisu yang memerlukan.

Ia digunakan dalam pembuatan hemoglobin dan berperanan penting dalam fungsi normal imuniti. Sepanjang kehamilan penggunaan zat besi akan bertambah 2 kali ganda untuk memenuhi keperluan ibu mengandung dan bayi.

Jika zat besi tidak mencukupi, ibu akan cepat letih dan mudah mendapat jangkitan penyakit. Risiko melahirkan bayi tidak cukup bulan dan kurang berat turut berlaku. Keperluan zat besi ibu hamil ialah sekitar 27mg sehari.


Sumber zat besi hati, tiram, kerang, daging tanpa lemak. Manakala kekacang dan sayur yang dikeringkan adalah sumber zat besi yang baik daripada tumbuhan. Pil vitamin yang mengandungi zat besi atau sarapan pagi yang diperkaya dengan zat besi turut membantu.



# 5 - Kalsium


Kalsium adalah mineral yang terbanyak terdapat dalam badan kita iaitu lebih 90% bahan keras dalam tulang dan gigi. Ia diperlukan untuk pembentukkan dan bagi mengekalkan tulang yang kuat serta gigi yang sihat.


Ia juga untuk pembekuan darah, penghantaran gerak balas saraf dan kontraks otot. Peranan penting kalsium ialah mencegah penyakit osteoperosis.

Sewaktu anda hamil, bayi anda akan mengambil sekitar 25mg - 30mg sehari daripada ibunya, Pengambilan tertinggi ialah pada trimester ketiga kehamilan. Jika bekalan kalsium tidak mencukupi bayi anda akan mengambil kalsium daripada tulang ibu. Sebab itu ibu perlu memastikan pengambilan kalsium yang cukup sepanjang kehamilan, keperluan harian kalsium ibu yang mengandung ialah sekitar 1000mg.

Sumber kalsium ialah produk tenusu seperti yogurt, keju, sayuran hijau dan bijirin seperti soya. 


Untuk ibu atau bakal ibu pastikan pemakanan anda cukup dengan zat-zat yang dinyatakan ada di atas kerana ia secara khususnya ialah Vitamin Untuk Otak Bayi Dalam Kandungan. Terdapat segelintir ibu-ibu yang mengandung tidak dapat menelan makanan yang dinyatakan di atas atas faktor bau atau rupa makanan tersebut. Pengambilan Vitamin Ibu Mengandung Shaklee sangat digalakkan bagi melengkapkan pengambilan zat harian makanan ibu mengandung.


Bagi mereka yang ingin order, boleh klik Vitamin Ibu Mengandung Shaklee


Promosi Collagen Powder Shaklee beli 6 percuma 1 dan Mealshakes beli 3 percuma 1 berlangsung sepanjang September 2014. Keahlian Shaklee percuma. Hubungi saya dengan segera.




Labels: