Makanan Semulajadi Untuk Kekal Sihat



Rata-rata masyarakat hari ini dah ramai menyedari kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat dan mengamalkan pemakanan yang seimbang. Terdapat pelbagai makanan semulajadi untuk anda kekal sihat dan makanan ini juga mudah didapati.


Antara Makanan Semulajadi Untuk Kekal Sihat ialah


Mangga




Mangga bukan sahaja kaya dengan Vitamin C, ia juga bertindak untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit. Anda dapat mencegah peningkatan kadar kolesterol dengan mengambil buah ini. Selain mangga, buah-buahan lain yang kaya dengan kandungan Vitamin C adalah betik, strawberi, kiwi dan belimbing.


Kuaci




Makanan ini mempunyai zat besi. Apabila anda kurang mengambil sumber zat besi. Ia dapat meningkatkan kadar kolesterol lemak (lemak LDL) dan menghadkan kolesterol (lemak LDL). Untuk membantu tubuh mendapat khasiat zat besi, apakata anda mulakan dengan kuaci tawar (tanpa perisa), kuaci jenis biji labu atau bunga.



Kismis




Makanlah kismis untuk mengurangkan paras kolesterol. Pengambilan 400 kcal kalori kismis setiap hari dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah sebanyak lapan peratus. 400 kcal kalori adalah bersamaan dengan 1/5 daripada jumlah kalori yang diperlukan oleh seorang wanita. Ia membantu anda mengekalkan berat badan ideal.



Soya




Kacang soya rendah kolesterol membantu mengelakkan penyakit jantung dan kencing manis. Ia kaya dengan 48 peratus protein, lecithin, vitamin dan zat galian. Kacang soya juga mempunyai kalsium dan mineral yang membantu proses pemecahan lemak dalam  badan. Mengamalkan kacang soya dapat menyusutkan kadar lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL) dalam tubuh anda.



Tuna





Selain makerel dan salmon, ikan tuna juga baik untuk kesihatan, Omega 3 di dalamnya tinggi dan dapat melindungi tubuh daripada peningkatan kadar lemak jahat iaitu kolesterol LDL. Rasanya tidaklah seenak salmon. Cadangan terbaik untuk memasaknya ialah dengan memanggangnya dan perap bersama herba atau rempah.



Kacang Tanah





Pangganglah kacang tanah anda bersama kulitnya dan makan bagi mengelakkan radikal bebas. Kacang tanah mempunyai lemak sihat dan kaya Vitamin E. Mengamalkan kacang tanah dapat membantu anda menghindari penyakit jantung.



Buah-buahan Kering





Amalkan makan limau kering kerana ia tinggi kandungan flavanoid. Jika anda mengambilnya, tubuh mampu menyingkirkan lebihan lemak jahat dalam tubuh selain mengurangkan risiko serangan jantung. Selain limau kering , flavanoid juga boleh didapati di dalam tomato, brokoli, bawang dan buah delima.



Oat




Terdapat lebih daripada 40 kajian santifik membuktikan pengambilan oat setiap hari dapat menurunkan paras kolesterol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat mengurangkan risiko serangan penyakit jantung.



Jambu Batu





Jambu batu yang diambil 400gm setiap hari dapat membantu anda menurunkan paras kolesterol sehingga 18.8 peratus jika diambil setiap hari selama 1 bulan. Sekiranya anda sedang berdiet, buah ini adalah antara yang paling sesuai untuk dimasukkan ke dalam jadual makanan anda.


Nampak menyelerakan semua makanan yang saya senaraikan di atas, untuk makluman bagi mereka yang mencari buah-buahan kering yang segar anda boleh mengunjungi mana-mana kiosk yang menjual makanan dari timur tengah, harganya mungkin sedikit mahal tetapi yakinlah mencegah itu lebih baik dari mengubat.

Labels: