15 July 2014
Apa itu suplemen ? Untuk penjagaan kesihatan dan kos makanan sihat yang semakin tinggi dan meningkat naik, suplemen akan dicadangkan kerana suplemen mampu menggantikan zat-zat atau nutrien yang tidak dapat diperoleh melalui makanan.
Untuk makluman pembaca semua, suplemen bukan pengganti makanan, kebanyakan orang sekarang menjadikan suplemen sebagai makanan gantian kepada pemakanan seharian atau alternatif pengambilan ubat-ubatan, suplemen merupakan makanan tambahan sahaja. Ia wujud dalam bentuk vitamin, mineral, herba atau tumbuhan lain.
Suplemen diperlukan apabila kita tidak memperoleh nutrien yang mencukupi melalui makanan harian kita dan badan kita sememangnya memerlukan suplemen sebagai tambahan untuk kita bergerak aktif. Makanan tambahan yang kita perlukan setiap hari ialah seperti
Vitamin C untuk daya ketahanan badan kita dan juga untuk kulit seperti
kalsium,
besi,
Vitamin E, zink dan sebagainya.
Apabila badan kita kekurangan nutrien ia menyebabkan penuaan pra matang, kelesuan, mudah mendapat penyakit dan jangkitan, keguguran rambut, osteoperosis, kulit yang bermasalah dan banyak lagi.
Umum mengetahui bagaimana corak pemakanan kita pada masa sekarang yang banyak bergantung kepada makan di luar dan pengambilan makanan yang berproses berlebihan, kita memang digalakkan untuk mengambil suplemen sebagai pengganti zat dan nutrien yang tidak boleh perolehi melalui makanan. Terutamanya kepada mereka yang sibuk bekerja, melainkan anda yakin boleh mendapatkan nutrien yang cukup daripada makanan, sebaiknya sekurang-kurangnya ambil 1 - 2 jenis suplemen.
Apabila kita membasuh sesuatu makanan berulang kali, terdedah kepada cahaya matahari dan udara dalam jangka masa yang lama ia akan menyebabkan mudah teroksida. Tambahan lagi proses memasak juga menyebabkan nutrien hilang. Dengan pengambilan multivitamin dan multimineral , kita dapat kembali nutrien yang diperlukan oleh tubuh.
Golongan wanita sangat digalakkan untuk mengambil suplemen ini disebabkan setiap bulan kita mengalami kitaran haid dimana setiap bulan kita kehilangan banyak zat besi. Cadangan suplemen untuk golongan wanita ialah
kalsium ,
zat besi,
asid folik dan
Vitamin E. Kebanyakkan orang Asia tidak minum susu kerana masalah toleransi terhadap laktosa.
Untuk golongan lelaki, dicadangkan mengambil
multivitamin,
kalsium,
Omega 3 dan serat. Kebanyakkan lelaki gemar mengambil banyak daging dalam makanan harian dimana makanan tersebut tinggi protein. Kebanyakkan lelaki juga kurang mengambil ikan sebagai hidangan harian, Ini menambahkan risiko mereka untuk mengalami
masalah jantung,
gout terutamanya ketika menjelang andropaus.
Di dalam pasaran terdapat pelbagai lambakan suplemen, pastikan anda memilih syarikat yang benar-benar boleh dipercayai dan suplemen tersebut diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Jika anda mencari syarikat yang sentiasa selamat, sentiasa berkesan, sentiasa mesra alam yang telah melaburkan lebih $300 juta dalam penyelidikan dan pembangunan produk, menggunakan bahan-bahan semulajadi yang paling halus dan tulin juga disokong oleh bukti kajian sains dan makmal yang terdapat di dalam 90 bahan kajian perubatan, SHAKLEE adalah jawapannya.
Jadilah pengguna yang bijak dalam memilih suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga. Saya pilih Shaklee anda bagaimana?
Labels: Saya dan Shaklee