Pengalaman Bercerai Susu -Set Menyusu Shaklee


Umur 2 bulan


Semasa mengandung anakanda saya yang ketiga ni saya dah nekad untuk menyusukan Maisarah dengan susu ibu sahaja, walau apa jua halangan yang saya akan tempuhi. Semasa mengandungkan dia umur saya dah 35 tahun akan tetapi disebabkan masih kekurangan ilmu menyusu saya belajar dan belajar samada melalui buku, majalah atau saya google. Walaupun abang-abang Maisarah menyusu dengan saya tetapi mereka tak cukup 2 tahun, kali ini saya wajib susukan Maisarah hingga umur dia 2 tahun minimum. Sangat banyak khasiat susu ibu yang Allah anugerahkan kepada kita untuk diberikan kepada bayi yang sedang membesar.


Sebelum melahirkan Maisarah saya dah survey semua Hospital Rakan Bayi yang berdekatan dan akhirnya yang menjadi pilihan saya ialah Pusat Perubatan Universiti Malaya atau PPUM. Hari yang dinantikan pun tiba dan bermula lah perjalanan saya menyusukan Maisarah, saya melahirkan beliau secara caeserian dan bagi yang pernah melahirkan anak secara caeserian mesti tahu kan macam mana seksanya hari pertama nak bergerak walaupun sekadar memusingkan badan. Maisarah saya dah susukan semasa dalam dewan pembedahan lagi, belajar mengenal Mommy :)


Antara Hospital Rakan Bayi di Selangor

Pusat Perubatan Universiti Malaya
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
Hopsital Selayang
Hospital Sungai Buloh
Hospital Kajang
Hospital Banting
Hospital Kuala Kubu Baru
Hopsital Tanjung Karang
Hopsital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam

KPJ Shah Alam, Selangor
Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang.



Yang paling seronok sepanjang menyusukan Maisarah ialah saya seorang WAHM, Work At Home Mom ini adalah masa dimana saya boleh susukan dia secara direct tanpa perlu bergantung pada EBM, Alhamdullilah saat yang paling menenangkan berbanding semasa saya bekerja dan menyusukan abang-abang dia. Eh ibu yang bekerja dan dapat menyusukan sepenuhnya anak-anak mereka juga ramai tau, kerjaya bukan halangan tapi perlu cari ilmu penyusuan bagaimana nak handle EBM dan pengasuh yang boleh menjaga anak-anak anda. Menyusukan anak bukan sekadar selak baju dan susukan ya, ada banyak cabaran lain yang menunggu.


Sepanjang saya menyusukan Maisarah saya mengambil Set Menyusu Shaklee untuk memberi tenaga, cergas dan badan yang lebih segar, maklumlah zaman sekarang ni kebanyakkan makanan dah hilang khasiatnya apabila sampai kepada kita. Vitamin ini ialah tujuannya untuk mencukupkan zat yang telah hilang dari tubuh kita. Pengambilan vitamin sangat membantu semasa kita menyusukan anak lebih-lebih lagi semasa bulan puasa dan ada banyak perbezaanya, cubalah ya.


Perjalanan menyusukan Maisarah ialah 3 tahun setengah, lamakan saya pun tak sangka dapat menyusukan dia dengan lama.




Apabila umur dia mencecah 2 tahun saya masih belum sampai hati nak bercerai susu. Takpe tunggu lagi dan tunggu lagi dalam masa yang sama saya selalu ingatkan dia dah besar, tak perlu minum susu dengan saya lagi hampir setiap malam saya bagi tahu walaupun masa dia tengah menyusu, dan dia mengangguk tanda setuju :) sehinggalah saya kena menghadiri Shaklee Conference baru-baru ini, saya tinggalkan beliau dan abangnya di rumah mak saya sebab saya tahu dia takde masalah nak makan makanan lain, Maisarah memang tak cerewet bab makanan hehe dia boleh makan semua walaupun makanan tu ada rasa pedas-pedas sikit dan sangat suka minum air masak/air kosong.


Sejak hari itu saya memang tak menyusukan beliau lagi, bila dia nak menyusu saya akan cakap, tak nak susu ya, peluk je ok, walaupun ada macam-macam drama, lama-lama itu sahaja yang dia buat sekadar memeluk saya sebelum tidur. Sayu? Sudah tentu la sayu dan sedih tapi untuk kebaikan dia juga, lagipun tak lama lagi dia dah nak mula sekolah. Kena la belajar berdikari sikit-sikit bukannya lepaskan terus.


Nak order Set Menyusu Shaklee, boleh klik sini


Promosi Vivix masih berlangsung, dapatkan beberapa penjimatan hebat. Keahlian Shaklee percuma. Hubungi saya dengan segera,






Labels: