Harga Set Bersalin Shaklee - Perkembangan Deria Janin

22 Julai 2014


Perkembangan Deria Janin


Pendengaran


Janin yang sedang membesar akan memberi tindak balas kepada bunyi bising pada usianya sembilan minggu.

Pada penghujung trimester kedua, dia boleh mendengar dan mengenali bunyi, misalnya denyutan jantungnya menjadi perlahan apabila ibunya bercakap.

Saya sangat galakkan ibu bapa sentiasa berkomunikasi dengan bayi anda dan sebaiknya ibu sentiasa baca Al Quran bagi mereka yang beragama Islam. Pengalaman sendiri semasa bayi saya dilahirkan apabila saya memberi salam, bayi saya yang sedang menangis terus senyap sambil saya berbual dengan beliau dan yang menariknya matanya sentiasa memandang saya. Boleh baca selanjutnya pengalaman saya bersalin anak ke 3 di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).


Rasa


Tunas rasa terbentuk pada sekitar minggu ke 7 atau ke 8 dan pada minggu ke 14, terdapat beberapa bukti yang mengatakan janin dapat merasakan rasa pahit, manis atau masam di dalam cecair amnion.

Manakala untuk pancaindera yang lain, bayi menggunakan deria rasanya untuk meneroka rahim di sekelilingnya. Ultrabunyi juga menunjukkan janin menjilat plasenta dan dindinh uterin.



Bau


Cecair amnion yang ditelan oleh bayi di dalam rahim sebenarnya mempunyai bau si ibu. Ada kemungkinan dalam tempoh beberapa jam selepas dilahirkan bayi mengenali ibunya melalui bayi berbanding melihat penglihatan.

Dia juga boleh menghidu apa sahaja yang dimakan oleh ibunya seperti bawang putih dan rempah ratus.


Penglihatan


Janin yang berusia 16 minggu boleh membuka matanya dan melihat sekelilingnya meskipun tidak banyak yang dapat dilihatnya.

Walaubagaimanapun, kajian menunjukkan janin akan terkejut jika cahaya yang terang disuluhkan pada abdomen ibu dan jika cahaya yang suram dihalakan pada posisi yang sama, janin akan berpusing perlahan-lahan ke arah cahaya tersebut.


Jika anda ingin tahu perkembangan kehamilan anda,  anda boleh baca di sini


HargaSetBersalinShaklee - Part 1

HargaSetBersalinShaklee - Part 2

HargaSetBersalinShaklee - Part 3

HargaSetBersalinShaklee - Part 4

HargaSetBersalinShaklee - Part 5

HargaSetBersalinShaklee - Part 6

HargaSetBersalinShaklee - Part 7


Set Ibu Mengandung Shaklee klik sini

Set Berpantang Shaklee klik sini


Promosi Vivix Masih Berlangsung, dapatkan beberapa penjimatan hebat, keahlian Shaklee percuma. Hubungi saya dengan segera.

Labels: , ,